Topic 2: Nutrition (2.3 - Understanding the digestive system in man)

2.3 Human Digestive System

1. Digestion - a process of breaking down large food molecules into smaller molecules.
2. Human digestive system are alimentary canal (mouth, oesophagus, stomach, small intestine, large intestine, rectum and anus), liver and pancreas.

3. Flow of food:

4.Process of digestion:
   a) Mouth - Physical digestion by teeth ( grinding, chewing)
                  - Chemical digestion by saliva which contain amylase will digest starch to maltose.
   b) Oesophagus - pass food form mouth to stomach by peristalsis.
   c) Stomach - produce gastric juice which contain Hydrochloric acid, protease and casein
       i)   Hydrochloric acid - stops the action of amylase, kills bacteria and provides acidic medium
       ii)  Protease - break down proteins into polypeptides
       iii) Casein - coagulate liquid milk into solid form
   d) Duodenum - the first part off small intestine. It is joined to the liver and pancreas
       i)   Liver - produce bile to emulsify fats and oil into small droplets.
       ii)  Gall bladder - stored bile
       iii) Pancreas - produce pancreatic juice which contains:
           Amylase: breakdown starch into maltose
           Protease: breaks down proteins into polypeptides
           Lipase: break down fats into fatty acids and glycerol
   e) Ileum - lower part of small intestine which produce intestinal juice that contains:
           Maltase: break down maltose into glucose
           Protease: break down polypeptides into amino acid
           Lipase: break down fat into fatty acid and glycerol
   f)  Large intestine - reabsorption of water
   g) Rectum - stored faeces
   h) Anus - removed faeces
5. End products of digestion:
    Carbohydrates -----> Glucose
    Proteins ---------> Amino acid
    Fats --------> Fatty acid and glycerol



Slide 9Slide 4
Blogger Templates5.

Blogger Templates

Anti Spyware / Malware/Adware

Entry kali ni aku ingin kongsikan antara beberapa antispyware/malware/adware yang popular dan yang paling penting ianya adalah percuma.

Apakah itu spyware?
Menurut wikipedia spyware ialah Perisian perisik, perisian intip atau perisik sahaja (bahasa Inggeris: spyware) merupakan perisian komputer yang dipasang secara rahsia dalam komputer peribadi bagi memintas atau mengambil kawalan separa ke atas interaksi pengguna dengan komputer tanpa kebenaran atau pengetahuan pengguna.

Apa itu malware?
Perisian perosak (bahasa Inggeris: malware, kata lakur malice dan software) merujuk kepada perisian yang direka bagi membolos atau merosakkan sistem komputer tanpa kebenaran secara jelas daripada pemilik. Istilah ini seringkali digunakan oleh golongan profesional komputer sebagai istilah payung kepada bentuk-bentuk kod perisian yang mampu mendatangkan keburukan kepada komputer tanpa pengetahuan penggunanya ataupun paling tidak mengganggu privasi pengguna tersebut.

Apa pula adware?
Adware ialah pakej perisian iklan yang secara automatik memainkan, menayangkan atau pun memuat turun iklan-iklan ke dalam komputer setelah perisian tersebut diinstalasi ke dalamnya atau apabila aplikasinya digunakan. Kadang-kadang beberapa jenis perisian iklan juga merupakan perisian perisik dan dikelaskan sebagai perisian pencerobohan privasi.

Kenapa perlukan antispyware?
Pemasangan antivirus sahaja di dalam komputer tidak memadai kerana kebelakangan ini begitu banyak spyware, malware dan adware yang berkumpul di website tertentu. Untuk mengatasi masalah ini, adalah penting bagi sesebuah komputer mempunyai perisian antispyware (sesetengah perisian antivirus sekarang pun disertakan perisian antispyware). Apa pun aku lebih selesa menggunakan stand-alone spyware. Antara beberapa perisian antispyware yang mempunyai pengikut yang ramai:
1. Ad-aware free:
Aku gunakan sejak tahun 2006 lagi sehinggalah akhir tahun 2009. Antara perisian antispyware percuma yang baik dan mudah digunakan walaupun agak slow.
2. Malwarebytes:
Juga perisian percuma yang agak simple tapi berkesan. Aku mula menggunakan perisian ni bermula tahun 2010 dan buat masa sekarang masih boleh diharapkan, dan mudah untuk digunakan.
3. Spybot - search and destroy:
Aku pernah menggunakan perisian ini untuk seketika tetapi agak tidak menyukainya. Agak tidak mesra pengguna berbanding Ad-aware dan Malware bytes.
4. IObit Security 360:
Terus terang aku masih belum pernah mencuba perisian ini. Mungkin suatu hari nanti?
5. Trend Micro Hijack This:
Sempat menggunakannya untuk beberapa hari sahaja kerana memerlukan sedikit kemahiran berbanding perisian lain yang lebih mudah dan mesra pengguna. Secara peribadi aku agak tidak menyukai perisian ini walaupun mendapat rating yang agak tinggi.

Itu sahaja untuk kali ini. Kalau nak diikutkan masih ada beratus-ratus lagi perisian antispyware yang ada. tak percaya tanyalah pakcik Googles. Salam perkongsian!


Blogger Templates

Blogger Templates

Kisah 9.7 (Inilah Kehidupan)

Menyusuri laluan percintaan yang tiada bernoktah. Merenangi kehidupan yang penuh rintangan hanya kerana untuk mencari secebis pulau cinta tempat untuk aku berlindung dari badai dan rebut penderitaan. Mungkinkah akan ku temui? Tuhan itu maha adil. Mungkin inilah balasan yang harus aku terima kerana telah banyak hati yang telah terluka kerana menjadi mangsa permainan cintaku. Barangkali beginilah perasaan kecewa yang telah dilalui awek-awekku terdahulu.

Tidak. Aku tidak pernah menyalahkan takdir. Jauh sekali untuk menyalahkan Tuhan. Aku masih hamba-Nya yang waras. Setiap apa yang berlaku ke atas diriku selama ini adalah merupakan satu ujian untuk menguji sejauh mana keimanan dan kesabaran aku menghadapi pelbagai rintangan dalam kehidupan.

Dalam usia memasuki 30 barangkali satu peringkat yang amat ditakuti oleh kaum hawa atau mungkin sesetengah kaum adam? Takut dengan gelaran andartu atau antertu. Aku sudah lama menyiapkan diri dengan ilmu kebal. Setakat panggilan itu aku tidak kisah, malah ada teman sekerja yang bemulut laser mengesyaki aku adalah gay. Astaghfirullah, sungguh aku tak sangka macam-macam ragam manusia yang bersangka buruk ini!

Memang aku rimas. Kadang-kadang apabila balik kampung ada saudara-mara yang selalu bertanya bila aku akan menamatkan zaman bujang. Paling tidak pun aku hanya sekadar melawak.
“Tunggu Siti Nurhaliza datang meminang,” itulah jawapan klise yang aku selalu berikan. Atau pun aku akan memberikan jawapan tunggu perempuan kaya datang meminang.

Kadang-kadang aku ingin lari dari ini semua. Lari ke satu dunia yang jauh. Biar aku hidup sendirian di dalam duniaku sendiri. Tapi dunia mana? Paling tidak aku perlu bercuti untuk menenangkan diri lari dari masalah, itu pun hanya untuk seketika. Balik bercuti persoalan ini pasti akan kembali. Kenapa manusia terlalu busy body? Suka hati akulah nak kahwin bila pun kan? Kalau depa yang sibuk nak ambik tahu tu nak sponsor majlis kahwin aku takpelah jugak.

Bagi melarikan diri dari persoalan-persoalan tentang perkahwinan dari mereka yang berada di sekeliling, aku mengambil keputusan untuk bercuti seketika tapi ke mana?

Melepasi Tol Kulai, setelah menatap manisnya wajah gadis tol, aku memilih haluan ke Kuala Lumpur. Adakah aku akan ke Kuala Lumpur? Apa yang pasti aku perlu singgah untuk mengisi kekosongan perutku yang mahir melagukan rentak keroncong untuk nasi!

Hentian R & R Machap menjadi destinasiku yang pertama. Setelah membeli akhbar aku terus menuju ke gerai yang menyediakan menu sarapan pagi kegemaranku iaitu nasi lemak. Sambil membaca akhbar, aku menikmati nasi lemak tanpa mempedulikan sesiapapun seolah-olah aku berada dalam duniaku sendiri.

Tiba-tiba datang satu idea gila.
“Kalau aku bercuti ke PD ni ok jugak,” kata hatiku memberikan cadangan kepada diri sendiri tanpa ada bangkangan lagi.
Setelah cadangan ditutup, maka telah tersemat di dalam hati bahawa destinasi yang akan ku tujui ialah Port Dickson!

Usai sarapan dan menghabiskan bacaan akhbar, aku membawa diri jauh ke Port Dickson untuk merawat hati yang sunyi. Melewati tol Senawang, aku hanya mengikut papan tanda yang menunjukkan arah ke Port Dickson.

Pertama kali aku tiba di Port Dickson, tanpa aku ketahui ke mana harus aku tuju? Di mana aku akan menginap malam ini? Tempat yang begitu asing, tanpa saudara-mara atau kenalan. Seperti hanya mengikut naluri aku meneruskan perjalanan dan terpandang label Marina Resort terpampang. Tanpa berfikir panjang aku terus menuju ke arah resort tersebut. Barangkali dengan bermalam di situ untuk sehari-dua akan memberikan aku kedamaian dan sinar baru dalam kehidupan!

Nasibku baik, masih ada bilik yang kosong. Biasanya hujung minggu begini sukar untuk mendapat bilik penginapan. Perkara pertama yang aku lakukan setelah masuk bilik yang agak selesa itu ialah terus berbaring di atas tilamnya yang empuk. Mataku terasa amat berat, badanku seperti merayu-rayu untuk aku melepaskan kepenatan seketika. Aku hanya tersedar apabila jam sudah menujukkan angka 4.00 petang. Usai mandi dan solat aku bergegas mencari restoran untuk aku mengalas perut yang dari tadi belum terisi.

Bila bersendirian begini, aku banyak mengelamun, melayan perasaan tanpa ku sedari rupanya ada pasangan mata yang memerhatikan diriku dari kejauhan. Aku perasan atau terperasan? Aku memalingkan wajah mencuri pandang sepasang mata itu yang bisa membuatkan denyutan nadi seakan terhenti....apakah dia itu? Ah, tidak! Kenapa di sini pun aku akan temui dia. Setelah sekian lama aku tidak menatap wajahnya itu sesudah dia berpindah ke KL mengikut suaminya. Siapa dia? Tidak lain tidak bukan ialah CS. Aku yakin dan pasti sememangnya dia CS. Menambahkan lagi keyakinanku melihat ada seorang lelaki dan seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 2 tahun. Benarkah itu dia?

Aku yakin dan pasti kerana wajah itu yang pernah bermain di dalam kotak impianku dulu. Wajah yang pernah menjadi kegilaan sesiapa sahaja. Untuk mengesahkan sendiri andaian itu, aku dengan perasaan berdebar-debar antara berani dan takut menuju ke arah mereka.

“Kalau tak silap saya awak CS kan?” Masih terasa getaran dalam nada suaraku ketika menegurnya. Bimbang jika tersilap orang.
“Iyalah Jemmy. Sayalah ni. Kenalkan ni husband dan anak saya.”
“Nizam,” ucap lelaki itu ringkas sambil aku menyambut salamannya.
“Saya Jemmy. Sedang bercuti ke?” Aku mengeluarkan soalan yang agak kurang bijak.
“Saja-saja makan angin dengan family. Habis awak ni pulak buat apa sini?”
“Saje. Mencari ketenangan sambil-sambil bercuti.”
“Kecilnya dunia ni kan? Boleh pulak kita bertemu di sini setelah hampir 3 tahun tak jumpa kan?”
“Itulah pasal. Tengok anak awak dah besar pun. Apa namanya?” soalku sambil memandang ke arah anak CS yang leka di dalam pangkuan ayahnya. Ada kesan-kesan riak tidak selesa di wajah lelaki itu. Cemburukah beliau? Mustahil, aku bukan sesiapa pun!

“Haziq Asyraf. Meh sini kat mama salam uncle.”
Uncle? Dah tua ke aku? Uh......
“Hai comelnya dia. Macam mama dia,” dengan geram aku mencubit lembut pipi anaknya. Aku memang terlalu sukakan anak kecil. Memang sudah sepatutnya aku mempunyai anak sendiri. Anak? Calon isteri pun belum ada.
“Awak masih belum kahwin ke?” Soal CS.
“Belum. Calon pun belum ada. Siapalah nak kat saya ni kan?” jawabku dengan nada suara yang agak mengendur.
“Alaa awak tu yang memilih sangat kot?”
“Memanglah. Kita kahwin kalau boleh untuk sekali je. Tak salah kalau saya memilih yang terbaik untuk diri saya kan?”
“Kalau boleh saya nak pilih calon seperti awak.” Ingin aku luahkan kata-kata itu tetapi aku tidak sanggup meluahkannya dan agak tidak manis berkata sedemikian kepada isteri orang di hadapan suaminya sendiri.
“Oklah saya mintak diri dulu. Nanti tak pasal-pasal pulak saya kacau awak sedang bergembira dengan family awak,” aku bersuara meminta diri untuk beredar setelah berbual untuk seketika dengan CS.
“Oklah. Ada masa panjang umur jumpa lagi.”
 
Foto dari: http://www.travelpod.com

Aku segera beredar meninggalkan mereka, menuju ke arah pantai. Termenung memandang Selat Melaka yang berombak tenang. Tidak seperti hatiku yang bergelora dengan ribut badai. Malah pertemuan secara tidak sengaja dengan CS itu membangkitkan kembali kenangan silam. Kenangan yang penuh dengan kelukaan akibat kebodohan sendiri. Apapun inilah kehidupan. Tidak semua yang kita inginkan akan kita perolehi....


...Berakhirnya Kisah 9...


Blogger Templates

Blogger Templates

Al-Mua'llim by Sami Yusuf

We once had a Teacher
The Teacher of teachers,
He changed the world for the better
And made us better creatures,
Oh Allah we’ve shamed ourselves
We’ve strayed from Al-Mu'allim,
Surely we’ve wronged ourselves
What will we say in front him?
Oh Mu'allim...

Chorus
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
He was Muhammad salla Allahu 'alayhi wa sallam,
Muhammad, mercy upon Mankind,
Teacher of all Mankind.
Abal Qasim [one of the names of the Prophet]
Ya Habibi ya Muhammad
(My beloved O Muhammad)
Ya Shafi'i ya Muhammad
(My intercessor O Muhammad)
Khayru khalqillahi Muhammad
(The best of Allah’s creation is Muhammad)
Ya Mustafa ya Imamal Mursalina
(O Chosen One, O Imam of the Messengers)
Ya Mustafa ya Shafi'al 'Alamina
(O Chosen One, O intercessor of the worlds)
He prayed while others slept
While others ate he’d fast,
While they would laugh he wept
Until he breathed his last,
His only wish was for us to be
Among the ones who prosper,
Ya Mu'allim peace be upon you,
Truly you are our Teacher,
Oh Mu'allim..


Blogger Templates

Blogger Templates

Kisah 9.6 (Aku dan Sandiwara)

Tanpa ku sedari rupanya AS mengetahui aku sedang mencuri-curi pandang wajahnya. Segera dia menoleh dan memberikan senyuman yang ditatah indah dengan hiasan lesung pipit di pipi yang jelas kelihatan walaupun di dalam kelam. Eh, lesung pipit? Baru ku sedari bahawa wajah itu mempunyai lesung pipit. Apakah kaitan aku dengan lesung pipit? Sudah semestinya lesung pipit itu mengingatkan aku kepada seseorang yang pernah aku cintai di dalam diam. Apakah sudah ditakdirkan kali ini aku mempunyai ikatan sekali lagi dengan seseorang yang mempunyai lesung pipit? Tiba-tiba getaran melanda dadaku dan degupan jantungku mula bergelora seumpama musim tengkujuh. Perasaan apakah ini? Cintakah itu?

Setelah mengetahui bahawa AS menyedari yang aku mencuri-curi pandang wajahnya di dalam kelam panggung wayang itu, aku terus menjadi pemalu dan tidak berani lagi untuk memandang wajahnya walau untuk sedetik sehinggalah cerita yang ditayangkan tamat.
“Kenapa awak tengok saya semacam aje tadi?” AS menyoalku setelah kami beriringan keluar dari panggung wayang.
“Entah? Saja rasa macam nak tengok muka awak. Salah ke?”
“Salah tu tidaklah tapi saya segan kalau orang tengok saya macam tu.”
“Nak segan apanya? Saya lagi segan sebab dah terkantoi tadi.”

Dia tersenyum sahaja mendengar jawapan yang sejujurnya dariku. Senyuman yang kembali merentap tangkai jantungku. Ah, lesung pipit itu benar-benar membuatkan aku seperti tidak keruan. Adakah aku mula sukakan AS atau hanya kepada lesung pipit miliknya? Oh hati....usahlah mempermain-mainkan perasan sendiri. Usah bersandiwara dengan naluriku.

Selama 2 hari AS berada di sini, aku cuba melayaninya selayaknya seperti tuan rumah yang melayan tetamu yang berkunjung. Segenap tempat-tempat menarik yang ada di sekitar JB telah ku bawa AS mengunjunginya. Pertemuan sesingkat ini juga telah menyuburkan lagi kemesraan antara kami. Tetapi apakan daya, masa menghambat kami kerana terlalu cemburu. Dua hari bersamanya seperti dua saat sahaja. Terlalu cepat. Lumrah apabila kita merasa seronok dengan sesuatu perkara, tidak terasa masa yang telah diluangkan bersama.

“Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama saya. Dah tu siap bawa saya berjalan-jalan kat JB ni,” ucap AS sewaktu aku menghantarnya ke stesen bas.
“Hal kecil je tu. sepatutnya saya yang ucapkan terima kasih kat awak sebab datang dari jauh semata-mata nak berjumpa dengan saya.”
“Awak tak nak balik kampung ke? Kalau awak balik boleh la kita jumpa kat sana pulak.”
“Insya-Allah nanti kalau ada cuti panjang sikit saya balik. Dah lama juga saya tak jenguk orang tua saya.”
“Oklah bas pun dah nak gerak tu. Panjang umur jumpa lagi.”

Bas yang sarat berisi penumpang perlahan-lahan bergerak meninggalkan Terminal Larkin. Aku masih terpaku di situ memerhatikan bas itu berlalu sehinggalah tidak kelihatan lagi tenggelam ditelan malam. Lambat-lambat aku mengatur kaki, beredarkan meninggalkan ribuan manusia yang sedang membanjiri terminal bas menuju ke kereta.

Termenung di dalam kereta, masih memegang stereng tanpa memulakan perjalanan. Aku seperti tidak keruan sebentar. Perasaan aneh apakah ini? Kenapa dalam keriuhan manusia itu aku terasa sunyi? Alunan muzik yang dimainkan di radio tidak ubah seperti orkestra bisu. Inikah perasaan yang telah aku rindukan? Perasaan mula menyayangi seseorang!

Akhirnya memang telah sahih lagi terbukti bahawa aku mula mendapat penyakit yang sering dihidapi oleh mereka yang sedang mabuk bercinta. Penyakit angau tanpa sebab dan tanpa rasa malu. Ke mana sahaja aku pergi, apa sahaja yang aku lakukan pasti akan terbayang wajah yang berlesung pipit itu. Paling kronik apabila ingin melepaskan hajat di tandas sekali pun aku terbayang wajahnya itu di dalam mangkuk tandas. Betapa angau tahap keterlaluan!

Apa yang harus aku lakukan? Perlukah aku meluahkan perasaan hatiku kepadanya? Tetapi bagaimana caranya? Melalui SMS? YM? Email? Surat berantai? Atau adakah melalui cara yang paling gentleman iaitu bersemuka? Tapi bila aku aku dapat bertemu lagi dengannya? Aku di sini sedangkan dia di sana? Bingung...semakin bingung. Segala pekerjaan yang ku lakukan tidak sepenuh hati lagi. Demi menyelamatkan perasaan hati sendiri dan semestinya demi menjenguk kedua ibu bapaku, setelah dipertimbangkan oleh diri sendiri maka hujung minggu itu aku telah mengambil keputusan untuk bercuti selama 4 hari untuk balik ke kampung. Semestinya orang pertama yang ku khabarkan berita itu ialah ibuku dan keduanya barulah kepada AS melalui SMS.
“Assalamualaikum awk.”
“Wslm. Pekabo?
“Baik je. Hjg minggu ni sy blk kg tau. Blh jumpa awk x?
“Blh jgk. Lgpn dh lama x jumpa kn?
“Ok nnti sy dh smpi kg kita contact lg.”

Begitulah serba sedikit SMS antara aku dan AS di dalam bahasa ringkas yang pada mulanya agak terkial-kial untuk aku fahami. Tetapi setelah sekian lama aku menjadi semakin mahir dengan bahasa SMS terkini. Maklumlah aku pernah dikutuk kawan-kawan hanya kerana ayatku yang agak penuh dan panjang di dalam SMS sehingga digelar bahasa skema. Walau pun pada mulanya aku tidak terkesan dengan gelaran itu tapi lama-kelamaan ianya membuatkan aku merasa tidak selesa. Sebab itulah aku mula mengubah gaya penulisanku di dalam SMS dengan jayanya.

“Telefon tidak. SMS pun tidak alih-alih, dah tercegat depan tangga. Apa mimpi balik ni?” Begitu indah bahasa kiasan ibu menyambut ketibaanku.
“Saje je mak. Sudah tentulah orang rindukan mak, ayah dan adik-beradik semua.”
“Berapa lama engkau balik ni?”
“Tak lama. Tiga-empat hari je.”

Sesungguhnya aku rindukan suasana kampung ini. Bau udara yang segar. Bau hanyirnya lumpur dari sawah padi. Sudah lama aku tinggalkan semenjak bergelar anak bandar. Bau air parit yang bercampur dengan lumpur adalah bau yang amat kurindukan. Aku menjadi begitu nostalgik seketika. Apabila teringatkan itu semua, memberikan aku satu idea.

Seawal jam 9 pagi AS telah sampai dengan menaiki skuternya. Sengaja aku mengajak AS untuk datang ke kampungku. Lagipun dia sendiri yang setuju. Mulanya aku menjemput AS bertandang ke rumah tapi oleh kerana dia segan maka terpaksalah aku menunggunya di jalan raya yang berhampiran.
“Susah tak awak cari kampung saya?” Aku bertanya AS sewaktu mengajaknya ke destinasi kami, iaitu kawasan tanah sawah kepunyaan ayahku yang semakin terbiar kerana tiada siapa lagi adik-beradikku yang sanggup mengerjakannya lagi. Maklumlah masing-masing sudah berkerjaya sendiri.
“Senang je. Lagipun saya dah biasa juga lalu kawasan sini dulu.”
“Betul awak tak kisah kena lumpur?” Tanyaku lagi demi kepastian.
“Alahai saya pun anak kampung jugak. Takat lintah, pacat tu dah jadi mainan saya zaman kanak-kanak.” Ujar AS dengan yakin.
Gambar Dipetik dari http://www.tripadvisor.com

“Memang minah sempoi. Dah la datang naik skuter. Ada iras tomboy pun ya jugak tapi tomboy yang cun,” suara hatiku bergema sendirian dari dalam.

Pagi itu menjadi saksi. Rumput-rumput yang masih dibasahi embun dingin pun menyaksikan seoang anak muda (eh, muda ke aku) dan seorang remaja sunti yang berusia 21 tahun meredah lumpur sawah sebagai tempat bertemu janji. Kami bersama-sama mengharungi hanyir lumpur, menyelongkar rumput-rumput menerong setebal pinggang hanya kerana untuk menikmati semula keindahan yang telah lama ku tinggalkan.

Setibanya ditengah sawah yang terbiar itu, aku lagak persis sang hero di dalam filem hindi berdiri mendepangkan tangan memejamkan mata lantas membiarkan angin nyaman itu membelai rambutku. Ku hirup udara segar aroma lumpur dan rumput-rumput segar itu dengan sepuas-puasnya sehinggakan aku lupa yang aku tidak bersendirian. Pantas aku membuka mata dan menoleh ke arah belakang, memerhatikan AS yang hanya terdiam memerhatikan tingkah-laku ku. Jelas kelihatan manik-manik peluh mula menghiasi wajah yang berlesung pipit itu. Mungkinkah aku persis orang gila pada pandangannya?

“Seronok juga sesekali macam ni kan?”
“Seronok tu memang seronok tapi habis kaki saya pedih terkena rumput-rumput yang tajam,” ucap AS sambil menunjukkan betisnya yang putih dan gebu yang telah calar-balar.
“Eh lupa nak cakap tadi kat awak. Kenapa awak singsingkan kaki seluar awak? Kan dah kena,” ngomelku seperti gaya seorang mak nenek.
“Mana ler saya tau kat sini ada rumput-rumput tajam.”
“Takpelah sikit je tu. jomlah kita duduk bawah pokok sana nak?” Aku mempelawa AS menuju ke penghujung sawah yang terdapat pohon tembusu yang rendang dan secara kebetulan sedang lebat berbunga menambahkan lagi aneka aroma yang mengasyikkan.
“Ada sesuatu yang ingin saya cakapkan,” aku memulakan bicara setelah kami mengambil tempat duduk masing-masing. Tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Maklumlah penduduk kampung di sini masih kuat berpegang teguh dengan budaya dan adat resam. Lagipun aku tidak mahu ada mata-mata yang memandang dan menyalahertikan kelakuan kami. Mujurlah tempat yang redup ini agak tersorok dari pandangan orang yang lalu-lalang.
“Apa dia? Tapi saya rasa saya dah tau,” selamba sahaja ucapan itu keluar dari AS.
“Eh, saya belum cakap pun awak dah tau? Hebat. Ilmu apa yang awak pakai?”
“Ini namanya ilmu alam,” seloroh AS sambil tersenyum membuatkan ada hati yang cair dan terpaku kelu seketika.
“Cakaplah apa dia? Tadi kata ada sesuatu ni senyap pulak,” terbit tutur kata yang membuatkan aku menggelabah secara tiba-tiba setelah sedari tadi aku membisu seketika kerana terpana dengan senyuman yang bisa membunuh kewarasan.
“Kalau saya katakan saya mula sukakan awak percaya tak? Kalau saya katakan yang saya sudah jatuh cinta dengan awak, boleh ke awak terima?” Ucapku dengan sedikit getaran di dada. Seakan terlepas segala bebanan yang telah kutanggung untuk beberapa hari ini.
“Awak.....saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi bukankah masih terlalu awal?” Ujar AS sambil memandang jauh ke tengah sawah.
“Saya tak tahu pulak untuk jatuh cinta ada istilah terlalu awal atau lambat. Tapi apa pun segalanya terserahlah kepada awak. Tiada paksaan dalam hal-hal yang melibatkan hati dan perasaan. Saya hanya luahkan apa yang saya rasa,” nadaku semakin mengendur seakan-akan berbisik di angin lalu.
“Saya faham. Tapi saya harap awak faham dengan apa yang ingin saya jelaskan. Bagi saya, ini semua masih terlalu awal. Kita hanya baru beberapa bulan berkenalan. Lagipun saya masih muda, masih ada cita-cita yang ingin dikejar,” tuturnya dengan jelas dan tegas.
“Jadi maksudnya awak menolak cinta saya?” Tanyaku lagi demi kepastian.
“Bukan menolak tapi saya masih belum bersedia.”
“Dalam erti kata lain menolak juga kan?”Nadaku semakin sayu. Terasa diriku semakin mengecil seumpama seekor semut yang penyek dipijak dengan kata-kata itu.
“Awak janganlah macam ni. Kita masih boleh jadi kawan kan?”
“Kawan? Terlalu sukar bagi saya sebab saya sudah anggap awak lebih dari seorang kawan. Mungkin ada baiknya kita anggap yang kita tidak pernah bertemu.” Mungkin kerana terlalu emosional aku mengeluarkan kata-kata itu.
“Hmmm. Sampai hati awak. Saya sebenarnya suka berkawan dengan awak.” Semakin sayu suara itu.
Sayu? Habis hati ni tidak cukup sayukah? Ditolak mentah-mentah.
“Maafkanlah saya. Mungkin ini yang terbaik untuk kita berdua,” kataku seraya tunduk memandang rumput.

Entah berapa kali lagi aku harus menghadapi kekecewaan demi kekecewaan. Mungkin sudah ditakdirkan bahawa aku dan kekecewaan ibarat aur dan tebing. Di mana aku berada di situlah kekecewaan akan mendampingiku. Kalau diikutkan hati yang sering dikecewakan, semahunya aku berputus asa dan tidak mahu lagi membabitkan diri dengan cinta atau seumpamanya lagi. Biarlah cinta datang mencari aku kerana aku sudah serik untuk mencari cinta. Tapi benarkah aku sudah serik?




...Semakin hampir...


Blogger Templates

Blogger Templates

Bloggers yang Berlagak?

Entry ini bukan ditujukan kepada sesiapa secara spesifik tetapi sekadar luahan rasa yang sarat di dalam kotak fikiran aku. Maaf tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak. Sekadar meluah rasa dari seorang bloggers yang baru berjinak-jinak mengenali dunia blog. Ada salah dan silap tu harap-harap terima seadanya. Saya buah cempedak di dalam pagar. Jangan nak jolok tanpa izin tuan punya pagar itu merangkap tuan punya cempedak.

Semenjak berkenalan dan jatuh cinta dengan gengblogger ni, (bukan nak membodek tetapi terima kasih banyak-banyak), pendedahan kepada dunia blog semakin luas melangkaui semua sempadan. Macam-macam istilah baru, blogwalking, You follow I follow dan macam-macam istilah lagi. Betapa masih cetek lagi ilmu aku rupanya. Maka aku pun samalah menjalankan aktiviti blogwalking, sambil-sambil baca entry yang menarik, menyelongkar blog-blog yang ada. Kalau rasa teringin menjadi follower tanpa rasa segan silu aku follow je. Paling tidak pun aku meninggalkan jejak dengan memberi sedikit komen atau menjerit di kotak jerit.

Eh, melalut pulak. Apa yang aku nk perkatakan ialah kadang bila masuk sesetengah blog tertulis la ayat-ayat yang bagi aku secara peribadi seperti gaya seolah-olah berlagak (maaf kalau ada yang terasa). Ayat macam mana tu? Sebagai contoh, ‘Blog ini aku yang punya, kalau rasa tak suka boleh blah’ atau Kat sini tiada istilah u follow I follow’ dan kalau nak senaraikan macam-macam lagilah. Iyalah lain orang lain cara fikir dan lain cara penerimaannya. Apa pun aku tidak berniat apa-apa. Tak semestinya korang boleh terima pandangan aku ni kan? Apa pun blog masing-masing, sudah tentu masing-masing ada cara tersendiri. Apa pun peace no war!

Blogger Templates

Blogger Templates

Kisah 9.5 (Drama Yang Berulang)

Aku kembali menceburkan diri ke dunia fantasi ciptaan sendiri. Berhubungan dengan seberapa ramai wanita yang ku inginkan tetapi bezanya kali ini tiada satu pun di antaranya yang aku benar-benar serius untuk bercinta. Hanya sekadar kawan!
            Walaupun hatiku masih bersedia untuk menerima cinta mana-mana wanita sekali pun tetapi kesunyian dan kekosongan hati ini perlu diisi. Sekurang-kurangnya sekadar teman untuk menghilangkan kebosanan. Untuk itu agenda seterusnya ialah aku perlu menyusun masa untuk bertemu janji dengan NH, L dan AS. Bagi NH dan L tiada masalah kerana mereka tinggal di kawasan berhampiran denganku. NH di Tampoi (ingin ditegaskan bahawa bukan di hospital Tampoi) manakala L pula berada di Taman Universiti. Cuma yang menjadi masalah ialah AS yang berada jauh nun di negeri kelahiranku.
Berbekalkan pengalamanku selama ini yang menjadi penternak buaya darat yang hampir berjaya, maka segala susunan strategi dalam memilih tarikh dan lokasi untuk temu janji bukanlah masalah besar bagiku. Jadi, bermula dari itu hujung mingguku tidak pernah sunyi dengan pertemuan demi pertemuan dengan L dan NH. Antara L dan NH nampaknya NH yang agak tamak. Selain dari hujung minggu, aku juga terpaksa menerima pelawaan dan ajakannya untuk bertemu di waktu malam sedangkan L agak bertimbang rasa dan memahami. Dia tidak ingin menyusahkan aku. Cukuplah sekadar melakar pertemuan di hujung minggu. Tetapi kenapa aku masih sunyi? Sunyi sepi walaupun ada 3 gadis menemani. Apa lagi yang aku inginkan? Apakah yang aku cari dalam hidup ini?

“Boleh tak hujung minggu ni kita jumpa?” Aku membaca SMS kiriman dari AS.
“Nak jumpa macam mana, saya di JB, awak di Terengganu,” aku membalas SMS itu.
“Awak nak tau tak, hujung minggu ni saya nk datang JB, nak jumpa kawan saya yang study kat UTM. Bolehlah kita jumpa kan?”
“Wow, great news. Dah lama saya teringin jumpa awak face to face sebab selama ni kita hanya berSMS je.”

Pantang mendengar berita baik aku segera call AS untuk mendapatkan kepastian. Memang berita baik. AS meminta bantuanku untuk menjemputnya di Terminal Bas Larkin setelah dia tiba nanti. Demi menghormati kehadiran AS yang sanggup bersusah-payah datang dari jauh semata-mata untuk bertemu aku, (Eh, aku confuse pulak. Dia datang nak jumpa aku ke kawan dia?) maka aku membatalkan segala temu-janji dengan L dan NH.
Seperti yang telah dijanjikan, AS muncul dari perut bas yang membawanya dengan berseluar jeans biru cair sendat, berbaju T tanpa kolar warna putih dan bercermin mata ala-ala budak alternative
“Sempoi juga minah ni,” kataku sendirian.
Berbekalkan sedikit debaran di hati, dengan mengawal hormon-hormon malu tanpa segan silu aku terus menyambut AS setelah membuat pengesahan secara rasmi melalui telefon bahawa sememangnya itu dia. Ku hulurkan salaman tanda perkenalan dan aku mula-mulanya ragu adakah salamanku ini akan bersambut? Keraguanku lenyap apabila AS menyambut salaman tanganku.
“Akhirnya dapat juga saya bertemu awak. Tak sangka pulak awak sanggup datang JB,” aku berbicara setelah mempelawanya ke kereta.
“Saya pun gamble je ni datang. Harap-harap awak tak jual saya,” seloroh AS.
“Isyk ke situ pulak awak ni. Takkanlah saya sejahat itu.”
“Ke mana kita lepas ni?”
“Saya hantar awak ke UTM dulu. Tentu awak penat nak rehat dan mandi kan?”
“Ok juga tu. Tapi bila awak nak jemput saya semula nanti? Teringin juga saya meronda-ronda sekitar JB ni.”
“Tengoklah nanti awak SMS saya kalau awak dah ready ok?”
Tiba sahaja di pondok kawalan UTM, keretaku ditahan oleh pengawal keselamatan.
“Encik nak ke mana ni?”
“Ni saya nak hantar adik saya balik kolej,” ujarku berbohong. Sepertinya skrip yang hampir sama pernah aku lakukan sewaktu menghantar U ke MPTI dahulu. Agaknya adakah aku ini dilahirkan untuk menjadi pelakon dan pencipta skrip apabila berhadapan dengan security guard? Setelah berpuas hati kami dibenarkan masuk.
Sementara membiarkan AS berehat-rehat di bilik kawannya, aku hanya berlegar-legar di sekitar Jusco Taman Universiti. Terasa malas untuk balik ke rumah. Tanpa sebarang amaran mahu pun siren, tiba-tiba terasa bahuku ditepuk dari arah belakang. Dengan gelagat seumpama seorang makcik yang sudah menghampiri usia emas, aku melatah dengan tahap tak tahu malu.
“Opocot mak kau meletup.”
Mujurlah latahku bukan dalam kategori tahap kronik yang memungkinkan aku memalukan diri sendiri. Sepantas Usin Bolt pelari 100 meter yang paling laju di muka bumi ketika ini, aku memalingkan muka ke arah belakang dengan perasaan yang berbuku-buku dengan amarah dan geram. Alamak.... L rupanya. Terasa jantungku terhenti berdenyut seketika. Bibirku pucat sepucat gadis sunti yang dikejar anjing gila.
“Errr apa awak buat kat sini?” Tegurku dengan debaran di dada yang masih kencang. Sempat aku memerhatikan sekeliling mencari siapakah yang datang bersamanya. Sememangnya L hanya datang bersendirian.
“Eh, kan saya memang tinggal di kawasan ni. Patutnya saya yang tanya awak apa awak buat kat sini?”
            “Errr saya saja datang jalan-jalan sebab boring duduk terperap kat rumah,” dalihku tergagap-gagap seperti orang baru belajar bercakap.
            “Bukan hari tu saya ajak awak keluar tapi awak cakap ada kursus? Entah-entah awak ada date dengan perempuan lain tak?” Teka L seperti berserkap penuh. Ini bukan serkap jarang lagi sebab memang mengena tepat ke atas batang hidungku.
            “Kursus tu dibatalkan last minute. Mana ada..... saya keluar sorang-sorang je ni,” kataku terus bermain sandiwara tanpa pengarah.
            “Iyelah tu. Awak ni ada-ada sahaja dalihnya.”
            “Awak ada hal ke? Kalau takde jomlah saya belanja awak makan.” Aku cuba mengalih topik perbualan.
            “Boleh jugak. Saya pun takde nak ke mana-mana lagi lepas ni.”
Nampaknya strategiku mengena. Sekurang-kurangnya L tidak lagi mengorek motif aku berada di Jusco.
            Belum pun sempat aku menghabiskan seketul paha ayam goreng handphoneku berbunyi dengan nyaring menandakan ada panggilan masuk.
            “Kenapa tak nak angkat? Entah-entah makwe awak call tu.”
            “Mana saya ada makwe. Sekadar kawan-kawan je. Lagipun saya belum ready lagi untuk bercouple buat masa sekarang.”
            “Habis saya ni bukan couple awak ke? So selama ni kita kerap keluar hanya sekadar kawanlah ye?”
            “Iyelah. Kan saya dah maklumkan awal-awal lagi.”
            “Tapi saya ingatkan... hmmmm dahlah kalau macam tu.”
Tiada lagi suara yang keluar dari ulas bibir L. Kami masing-masing membisu seribu bahasa. Apa pun ianya tidak membantutkan selera kami untuk menghabiskan ayam goreng. Seperti biasa aku menawarkan diri untuk menghantar L ke flet yang didiaminya. Tidaklah terlalu jauh dari Jusco.
Setelah selamat menghantar L ke rumahnya, aku pantas menatap skrin telefonku. Memang sah AS yang call aku sebentar tadi. Segera aku menghubunginya dan seperti biasa aku terpaksa mencipta alasan demi alasan kenapa aku tidak menjawab panggilannya.
Demi meraikan kunjungan AS ke sini, aku membawanya berjalan-jalan di sekitar JB dan mengajaknya menonton wayang di CS. Malangnya aku sudah terlupa apa tajuk cerita itu. Sempat aku mencuri-curi pandang wajah AS di dalam kelam panggung wayang itu, kelihatan air muka yang seperti sedang di alam bahagia. Adakah aku punca kebahagiaan ni?


...Bersambung lagi ke?...
Blogger Templates

Blogger Templates

Kisah 9.4 (Aku Yang Baik?)

Ikan siakap masak tiga rasa telah terhidang di hadapanku yang diibaratkan seekor kucing yang sekian lama menanti hidangan tersebut. Ada ke kucing menolak hidangan ikan? Apalah ertinya hidangan tersebut andainya ku makan sekiranya hidangan itu bukan milikku yang sepatutnya. Aku tidak berhak! Pelawaan G untuk menginap di hotel benar-benar memeranjatkan dan membuatkan aku tertelan air liur untuk kali berapa ratus entah? Adakah ini benar atau hanya sekadar mimpi? Atau sekadar illusi optik? Aku memang insan yang lemah dengan dugaan dan godaan. Aku sedar aku manusia yang jahil dan hina. Iman pun hanya senipis kulit bawang. Tapi.... aku tidak semudah itu untuk hanyut di dalam lembah noda dan dosa yang besar.
“Sorrylah. I tak biasa buat benda-benda macam ni. Walaupun I jahat tapi, belum sampai tahap tidur bersama lagi,” aku berkata dengan tegas sambil memandang G.
“Baiklah ustaz. I tak kacau you lagi. Dah la jom balik.”
Sepanjang perjalanan balik, G hanya terdiam membisu seribu bahasa. Mungkin dia malu sendiri atau geram kerana aku telah menolak ajakannya mentah-mentah. Aku sendiri pun seperti sudah tidak mampu lagi untuk memecahkan tembok kebisuan itu. Akhirnya apabila sampai ke kawasan perumahan yang didiaminya, G masih tidak menuturkan sebarang kata ketika keluar dari keretaku dan hanya berlalu tanpa berpaling lagi. Melihatkan kelakuan G yang begitu maka aku andaikan bahawa tidak mungkin kami akan bertemu lagi selepas ini.
Biarlah aku tak dapat bertemu dengan G lagi selepas ini. Aku masih ada beberapa nama di dalam list yang sesuai dan berpotensi untuk mengisi ruang masa hujung mingguku. Nama yang teratas ialah MS, seorang kakitangan bank yang agak termasyhur di Malaysia. Dia bertugas di JB dan sebelum ini kami selalu berbalas-balas SMS. Cuma aku belum berusaha untuk mengatur pertemuanku dengannya dek kerana kesibukan melayan N dan G.
Hujung minggu itu aku mengatur pertemuan yang pertama dengan MS bertempat di Plaza Angsana. Dia berjanji akan memakai berwarna merah maroon dan menunggu berhampiran Kamdar. Menariknya, aku hanya mengaku berkerja sebagai technician kilang. Demi menjayakan rancangan penyamaranku itu, maka aku tanpa malu dan segan telah meminjam motorsikal kawanku yang berjenama Honda EX5 tetapi untuk mememperolehi persetujuannya ada dua syarat yang harus aku patuhi.
“Nak pinjam motor aku boleh tapi tuang minyak penuh-penuh pastu bawak helmet ni jangan tinggal kat motor masa parking. Helmet mahal ni kalau hilang engkau kena ganti,” begitulah kata-kata peringatan yang keluar dari ulas bibir kawanku.
“Baik boss. Aku akan jaga motor dengan helmet kau seperti aku jaga harta benda aku sendiri.”
Maka berbekalkan motor dan helmet pinjaman, aku merempitkan diri menuju ke Plaza Angsana dengan kekok sekali kerana baru aku sedar bahawa sudah agak lama aku tidak menunggang motorsikal rupanya. Dengan gaya seorang Mat despatch aku membawa helmet bersama yang disangkutkan di lengan aku terus menuju ke tempat MS sedang menanti. Tiba sahaja di tempat berkenaan (sedikit jauh dari tempat yang dijanjikan untuk aku usha line dulu), aku terus menghubungi nombor telefon MS.
“Hello. Awak dah tunggu kat situ ke?” sambil mataku melilau mencari awek yang berbaju maroon yang sedang menjawab panggilan. Mataku tertancap ke satu susuk tubuh yang agak tinggi, berkulit cerah dan keayuannya terserlah walaupun dari jauh.
“Dah dari tadi lagi. Cepatlah datang saya tunggu ni. Awak dah nampak saya kan?”
“Dah nampak. Ok I’m on my way.”
Entah mengapa aku terasakan debaran yang aneh dengan pertemuan kali ini. Walhal ini bukan kali pertemuan aku blind date dengan kenalan chatting. Semakin menghampiri MS semakin aku mengigil-gigil.
“Assalamualaikum, saudari MS kan?” Aku menegurnya setelah pasti bahawa gadis berbaju maroon itu adalah MS.
“Waalaikumussalam. Iya saya. Ni kawan saya namanya Sha. Awak tak kisah kan saya bawak kawan sebagai teman?”
“Tak apa. Saya tak kisah pun. Jomlah kita makan kat McD boleh?” Terus aku mempelawanya memandangkan perut ku sudah kelaparan kerana belum breakfast pagi tadi.

Pertemuan enam mata, hanya saling memandang. Tidak banyak yang hendak dibualkan. Aku cuba menghidupkan suasana sunyi itu dengan memulakan pertanyaan.
“Awak datang tadi naik apa?”
“Naik teksi je. Awak naik motor je ke?”
“Aaa. Saya ada motor je.”
“Oh macam tu.”
Suasana kembali menjadi sunyi. Aku pun sudah tidak tahu apa lagi yang hendak dibualkan? Soal kerja? Arggghh memboringkan. Soal hidup? Membosankan. Jadi apa lagi yang harus dibualkan?
“Lepas makan ni saya nak terus balik tau sebab ada hal sikit,” tiba-tiba MS bersuara di kala aku masih memikirkan bagaimana harus memulakan kembali perbualan.
“Laaa cepatnya nak balik? Tak nak ronda-ronda Angsana dulu ke?”
“Takpalah. Lagi pun ada hal yang nak saya selesaikan nanti.”
Aku sudah putus kata-kata. Mungkin kehampaan kerana dari jauh aku menunggang motorsikal hanya semata-mata untuk blind date dalam masa 40 minit sahaja? Memang tidak berbaloi.
“Terima kasih kerana sudi belanja saya dan Sha.”
“Small matter je. Lain kali kalau sudi boleh saya belanja lagi.”
“Insya-Allah. Okey saya balik dulu.” MS menuturkan kata-kata itu selepas masuk ke dalam teksi.
Apa aku nak buat sekarang? Nak jalan-jalan pun aku sudah tidak ada mood lagi. Kesudahannya, aku terus memecut motorsikal pinjam itu dengan kelajuan 60km/j terus menghala ke rumah. Laju macam semut kan? Setibanya di rumah aku terus menghantar SMS kepada MS. Lama menanti sehingga 30 minit baru SMS ku berjawab. Itupun dengan jawapan yang sangat ringkas. Berbekalkan muka tahap tembok setebal ½ milimeter aku cuba menghubunginya tetapi hampa apabila panggilanku hanya dijawab secara ringkas oleh MS.
“Hello. Maaf boleh tak call lain kali kerana saya tengah busy la.”
“Ok, sorry ganggu.”
Dari situ aku sudah mendapat signal yang jelas bahawa MS tidak sudi berkawan denganku. Maklumlah orang cantik manalah mahu berkawan dengan orang sepertiku yang tidak mempunyai paras rupa yang menarik, kerja kilang dan hanya ada motorsikal. Itupun motorsikal pinjam. Selepas blind date pertama itu, MS tidak pernah lagi membalas SMS aku ataupun menjawab call. Kalau dulu sebelum bertemu kami sangat berkiriman SMS dan bergayut di telefon. Betapa hinanya diriku diperlakukan sedemikian rupa. Salah ke orang buruk sepertiku ingin berkawan dengan dia yang cantik itu? Bukannya aku sangap sangat nak jadikan dia couple aku pun? Buruk sangat ke rupa aku ni sehinggakan MS terus membuang aku? Memang buruk pun! Dah orang tak sudi buat apa aku terus terhegeh-hegeh mencari dan menanti? Sedangkan masih banyak lagi bunga-bunga lain yang sedia menanti sang kumbang.
Senarai seterusnya ialah NH, iaitu seorang pelajar UUM yang sedang bercuti semester. Demi mengelakkan kejadian seperti MS berulang kembali aku juga berjinak-jinak untuk mengadakan blind date dengan L, AS dan juga entah beberapa nama lagi yang aku pun sudah hampir lupa. Biarlah aku berpegang teguh dan prinsip berkawan biar sejuta, buat blind date biar seribu, berkasih biar lima. Kasih? Bersediakah aku untuk menjalinkan semula cinta? Setelah remuk redam di hati masih berbekas dengan parut-parut cinta terluka?




...Bila berakhir?...

Sebuah kerinduan

Syahdu bulan menanti sang pungguk
memanggil kasih jauh terpuruk
rindunya alang kepalang
mabuk kasih buah kepayang
bermukim di hati setasik kasih
rasa disemai rindu ditagih.

Duri-duri kerinduan tajam menikam jemari
sakitnya bisa meresap ke ulu hati
lukanya berdarah sepurnama sembuh
setia cinta penawar ampuh
hati yang kehausan kasihmu
menunggu pelangi senja datang bertamu.

Aku tewas
dipupuk angin malas
aku musnah
jiwaku menjadi lelah
dalam lautan kerinduan
padamu duhai rupawan.

Merindu pada yang sudi
berkasih pada yang menanti
hati merawan menanti detik
mekar kembang menjadi putik
terzahirnya yang tersirat
dalam seribu bayangan makrifat.

Kisah 9.3 (Tewas?)

G benar-benar menguji kejantananku. Dari dalam kereta tadi lagi dia cuba bermanja-manja. Sebaik keluar dan melangkah ke arah air terjun, lengannya merangkul erat pinggangku dan aku bukannya Malaikat yang tidak dikurniakan nafsu. Debaran di dalam hati dan ketegangan urat saraf hanya aku yang mengerti.

            Kami tiba ke tempat untuk bersalin pakaian setelah berjalan kaki sejauh beberapa meter dari tempat parking.
            “Nanti dah siap tukar saya tunggu kat sini ok?” kataku yang mengerti betapa perempuan memerlukan sedikit masa untuk bertukar pakaian.
            “Ok.”
Setelah siap menukar pakaian, sementara menantikan G aku mengelamun seketika dan hampir tenggelam dalam alunan bunyi kicauan unggas, deruan air terjun yang bersatu dengan hiruk-pikuk manusia yang agak ramai di hujung minggu begini. Belum sempat aku meneruskan pemusatan alam lamunan, sekonyong-konyong G muncul di hadapanku dengan lengkap berpakaian untuk mandi yang membuatkan aku tertelan air liurku yang masam.
            “Dah, jom kita mandi kat atas nak? Kat sana privacy sikit tak ramai orang sangat.”
Usai memberi cadangan G terus menarik lenganku dan aku yang yang masih tergamam hanya menuruti langkahnya seperti kerbau dicucuk hidung. Aku sebenarnya terlalu segan dan tidak biasa dengan keadaan sebegini. Terutamanya melihatkan pakaian mandinya yang agak menyeksakan mataku yang memandang dan mungkin ribuan mata lain. Mahunya tidak dengan seluar short dan berbaju ketat yang menampakkan susuk tubuhnya. 
            Setelah tiba ke tempat air terjun yang agak kurang dipenuhi manusia kami meletakkan beg di atas hamparan batu. Tanpa melengahkan masa, G terus menarik tanganku untuk terus mandi. Aku yang masih malu-malu biawak terus mengikutinya ke gigi air.
            “You pandai berenang tak?” G bertanya setelah aku merendamkan diri di dalam air yang dingin itu.
            “Pandai jugak sikit-sikit. Kenapa? You tak pandai berenang ke?” Tanyaku kembali.
            “Tak. You boleh tolong ajarkan tak?”
            “Nak I ajarkan?” Aku dah mula mengigil dengan permintaannya itu. Mengigil kerana kesejukan dan juga mengigil kerana segan. Mahunya tidak segan, kalau nak ajar dia berenang sudah tentu aku kena memegang badannya supaya mudah untuk mengapungkan diri.
            “Cepatlah ajar I macam mana nak berenang ni.”
Dalam keadaan mengigil dek kerana kesejukan dan berdebar-debar itu, aku mula menjadi jurulatih renang yang tidak bertauliah.
            “Ok sekarang cuba you pegang batu besar sana. Then cuba you apungkan badan you. Kaki tu naikkan,” arahku sambil menahan bahagian perut G dan dalam masa yang sama cuba menaikkan kedua kakinya supaya dalam keadaan meniarap. Aku sudah tidak pedulikan ada mata-mata yang menyaksikan apa yang sedang berlaku. “Ah biarlah aku bukannya buat benda yang melampau sangat,” getusku sendirian apabila menyedari ada yang memerhatikan gelagat kami.
“Ok sekarang you kayuhkan kaki perlahan-lahan,” arahku lagi.
“Amacam rasa dah confident tak?” Tanyaku lagi.
“Susah la you. Ajar la lagi.”
I nak ajar tapi....”
“Tapi apa? You segan eh?”
“Iyelah I segan nanti tak pasal-pasal kena peluk you.
“Alaa I tak kisah la. Bukan nak buat apa pun, I just nak belajar berenang je. Kalau tak sudi ajar takpelah. I tak paksa.”
            “Ah, sudah merajuk pulak minah ni,” ngomelku di dalam hati.
            “Oklah, meh I ajarkan lagi,” ujarku mengalah apabila melihatkan muncung G yang semakin panjang mengalahkan paruh ayam serama.

            Sesi ajaran sesat ilmu renang ku teruskan. Memang agak meremangkan bulu roma bagi seorang lelaki pemalu sepertiku yang tidak biasa mandi bersama dengan seorang perempuan. Apatah lagi dengan berlakunya adegan panas di mana G telah memelukku ketika hendak belajar mengapungkan diri. Aku semakin mengigil kesejukan. Setelah penat mengajarnya berenang kami kembali duduk-duduk di atas hamparan batu sambil menikmati makanan yang dibawa.
            “Jom balik nak? Waktu zohor pun dah nak abis ni.”
            “Eh, cepatnya you nak balik. I belum pandai lagi berenang.”
            “Aduhai, bukannya sehari belajar boleh pandai terus. Nanti ada masa I ajar lagi.”
            “Tapi bila? Minggu depan I dah kena balik politeknik. Cuti semester dah nak habis.”
            “Oh, macam tu ke? Takpelah nanti kalau you cuti nanti kita jumpa lagi ok?”
            “Tapikan lambat lagi I cuti semester.”
            “Habis lambat pun nak buat macam mana kan?”
           
            Waktu Zohor sudah hampir habis sewaktu aku tiba di masjid.
            “You tak nak singgah solat ke?”
            “Takpelah, I tak bawa telekung la,” G cuba berdalih.
            “Eh, kan dekat dalam masjid banyak telekung wakaf. Boleh aje pakai kalau you nak solat.”
            “Alaa I tak selesa la pakai orang punya. Takpalah you pergi solat dulu. I tunggu je dalam kereta.”
            “Oklah kalau begitu you tunggu aje dalam kereta sampai I siap solat,” kataku terus tergesa-gesa kerana sudah suntuk benar waktu untuk menunaikan solat Zohor. Alang-alang aku terus solat Asar berjemaah apabila masuk waktunya.

            “Baik betul you ni kan? Solat pun tak tinggal,” tutur G setelah aku melabuhkan punggung ke seat kereta.
            “Nak kata baik sangat tu taklah. I ni pun jahat jugak. Tapi bab-bab solat ni I tetap tak tinggal,” kataku sambil-sambil menyindir. Entah dia mengerti atau tidak.
            “Hmmm. So you nak terus balik ke ni? Jomlah kita makan dulu and then ronda-ronda bandar Kota Tinggi nak?” Ujar G memberikan cadangan.
            “I ok je no hal punya. Tapi you takpe ke balik lewat-lewat nanti?”
            “Parent I tak kisah pun, asalkan I balik tak lewat dari jam 12 malam. Best kan. Sporting tak my parent?”
            “Sportingnya.” Jawabku ringkas. Tapi kalau diikutkan jawapan yang ingin aku berikan lagi panjang dari itu. Tapi biarlah jawapan itu hanya berlegar-legar di dalam hatiku sendiri. Lagipun hal keluarga orang, takkan aku nak campur pulak?

            Aku pun sebenarnya tidak berapa arif sangat apa yang menariknya dengan bandar Kota Tinggi. Aku membawa G ke restoran yang terkenal di sini untuk mengisi perut dan seterusnya ke Plaza Kota. Hanya sekadar window shopping. Kami hanya sekadar berlegar-legar mengisi ruang waktu yang ada sehinggakan terleka bahawa senja sudah merangkak pergi menjemput malam bertandang.
            “Dah pukul 7.30, I pun belum solat Maghrib lagi ni. So, I nak pergi solat dulu ni.”
            “Ok.”

            Usai solat, aku bergegas ke tempat parking dan mengetuk cermin kereta dari luar. G yang tadinya terlelap pantas membuka kunci central lock. Sengaja aku menyuruh G untuk mengunci dari dalam. Maklumlah malam-malam begini kena selalu beringat. Apa pun aku kena bertanggung jawab ke atas anak orang. Kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini, siapa yang susah?
            “Mengantuk ker?”
            “Aaa la you. Letih sangat berenang tadi. You dah siap solat ke?”
            “Dah. So, kita balik sekarang ok?”
            “Alaa I ngantuk la you.”
            “Eh apa masalahnya. Bukan you yang drive. I tak ngantuk pun dan I boleh drive lagi ni.
            “I tau. Tapi tak boleh ke kita stay sini rehat-rehat sekejap malam ni. Esok baru kita balik.”
            “Erkkk, nak stay kat mana? Kan parent you marah kalau tak balik rumah.”
            “Kita tidur la kat hotel.”
            “Erk, uhuks....” aku terus terdiam dan terpaku untuk seketika.





...What Left?...

Aku Kaya????????

Hampir setiap hari mailbox aku atau tempat spam akan ada email camni atau sama sewaktu dengannya. Agaknya dah berapa puluh juta aku dapat erk?



Free Lottery Sweepstakes
PO Box 42 Peterborough
SE15 2UD
UNITED KINGDOM

The UK Free Lottery wishes to inform you that the results of the E-mail address ballot lottery international program held recently. Your email account has been
picked as a winner of the sum of £500.000.00(G.B.P).Please  contact your Claims Agent for further instruction of the realease of your winning. 
******************************************

Name Of Claims Officer: Mrs.Cynthia Ferguson

Email address: mrs.cynthiaferguson232@gmail.com


*******************************************
VERIFICATION AND FUNDS RELEASE FORM
1.FULL NAMES.:
2.ADDRESS.:
3.CITY.:
4.STATE.:
5.POSTCODE.:
6.COUNTRY.:
7.SEX.:
8.AGE.:
9.OCCUPATION.:
10.TELEPHONE NUMBER.:

CHOOSE YOUR CLAIM OPTION ( 1 ) courier delivery ( 2 ) Bank Transfer


Yours Sincerely,
Mr.Greg Smith.
Online Coordinator,
FREE LOTTERY SWEEPSTAKES.

Sosial Atau So Sial?

Belek majalah, cari-cari kat Google tatap surat khabar akan keluarlah gambar-gambar artis Malaysia yang seksi mengalahkan tahap cipan yang tidak berbaju (maaf bukan ditujukan untuk semua tapi bagi sesiapa yang makan cili). Mereka inilah yang menjadi ikutan anak-anak muda remaja belia kita sekarang (Bukan semua la tapi dah semakin ramai). Malah kalau tengok gaya para remaja berpakaian pun kadang-kala mengalahkan artis itu sendiri. Inikah yang dikatakan perkembangan sosial yang sihat? Ataupun sebenarnya so sial? Sorry andai entry ini ada bahasa kasar tapi dunia akhir zaman ini semakin ketara manusia semakin suka tidak berpakaian dari berpakaian. Tepuk dada tanyalah iman. Aku malas nak insert image.... korang carilah sendiri.

Cinta Terlarang?

Terperanjat kucing aku bila baca berita hari ni. Rujuk sini.
Apa sudah jadi dengan manusia akhir zaman ni? Nampaknya cinta terlarang atau cinta gelap sudah menjadi trend di negara kita. Terlalu banyak berita-berita begini disiarkan.Apa manusia sudah GILA? Lupa pahala, lupa DOSA? Suami curang, ada kekasih gelap. Isteri curang berkhalwat dengan suami orang? Apa ni? Apakah kita sudah cukup berani menanti BALA balasan dari ALLAH?

Kisah 9.2 (Masih Terkunci)


Setelah kembali solo, memang aku mula terkena badi penyakit lama iaitu suka berkenalan dengan ramai perempuan melalui chatting. Tiada lagi istilah kesetiaan, apatah lagi aku pun masih belum membuka pintu hati untuk bercinta. Masih terkunci rapat! Biarlah aku teruskan hidup sebegini sehingga aku dipertemukan dengan seseorang yang mampu membuka kembali pintu hatiku dan menyalakan semula api cinta serta mampu mengajar aku erti kesetiaan.
            Bukan hanya N atau G malah aku masih membuka pintu hati untuk berkenalan dengan seberapa banyak lagi wanita. Kalau menggunakan abjad A sampai Z mewakili nama kenalan-kenalan perempuan yang aku temui melalui chatting ternyata masih belum mencukupi.
            Petang Jumaat aku menerima SMS dari N yang mengajak aku keluar hujung minggu ini. Aku yang telah berjanji dengan G untuk berkelah dan bermandi-manda di air terjun terpaksa menolaknya. Namun N tetap memujukku bertemu dengannya. Oleh kerana terlalu kasihankan N, maka aku mengorbankan rehatku pada hari Sabtu demi menemuinya.
            Aku menjemput N di Perhentian Bas Kota Tinggi. Oleh kerana tidak tahu ke mana lagi harus dituju, aku mengajak N ke air terjun, sekadar untuk berehat sambil aku survey tempat yang sesuai untuk berkelah dan mandi-manda dengan G keesokkan harinya.
            Begitu tenang dan damai mendengar bunyian unggas dan hidupan rimba yang disertakan dengan bunyian air terjun. Setelah memilih lokasi yang agak kurang kepadatan manusia, aku menyinsing kaki seluar, merendamkan kedua kakiku ke dalam air yang dingin.
            “Ramainya orang kat sini kan?” Ucap N yang terus duduk dan melakukan perkara yang sama seperti yang aku lakukan.
            “Alamak, putih gebunya kaki dia, bahaya untuk ditatap lama-lama,” ucapku sendirian di dalam hati.
            “Biasalah hujung minggu memang macam ni. Awak selalu datang sini? Tak nak mandi ke?”
            “Dulu kerap jugak datang dengan kawan-kawan kalau dah tension study. Kalau saya tau abang nak datang sini boleh jugak saya bawak baju mandi. Takkan nak mandi dengan baju macam ni. Nanti dah basah, balik nak pakai apa?”
            “Pakai ajelah daun-daun buat baju hehehehe,” kataku melawak tahap sarkas diikuti dengan satu jeritan akibat perit dicubit dengan kuat di lengan.
            “Perempuan ni, asal geram je cubit,” getusku sendirian di dalam hati menahan perit kesan cubitan.
            Aku yang kegeraman terus membalas cubitannya dan N memegang tanganku untuk menghalang dirinya dari menjadi mangsa cubitan. Aku yang masih berusaha untuk cuba mencubit N terus terpeluk dirinya. N membiarkan dirinya berada di dalam pelukanku. Aku semakin mengeratkan pelukan.
            “Abang...” tiba-tiba aku terdengar satu suara yang sayup-sayup...
            “Abang... ooh abang....” suara itu semakin jelas.
            “Eh, abang ni berangan ke mengelamun? Orang panggil pun buat-buat tak tahu je.” Suara yang semakin jelas itu menampar gegendang telingaku. Seperti terkesima, aku memandang ke arah N dengan hampa kerana segala khayalanku berterbangan bersama hembusan angin.
            “Alaa tadi saja-saja mengelamun mengenang kisah silam,” dengan perasaan malu tahap maksima aku kembali bersuara setelah menyedari segala yang berlaku tadi hanyalah di dalam khayalan.
            “Hai, asyik duk mengenang kisah silam je, takkan tak nak buka kisah baru yang sudah berada di hadapan mata?”
            Aku seakan mengerti kiasan yang dituturkan N. Tiada komen, hanya membatukan diri di atas batu dengan kaki yang masih terendam di dalam air dingin.
            “Isyk budak ni. Baru Tingkatan 6 pun dah pandai berkias,” gerutuku sendirian di dalam hati.
            “Iyelah saya faham. Maklumlah kita ni baru je berkenalan. Lepas tu baru je berjumpa 2 kali. Takkan la abang boleh terima saya kan?” Terbit suara itu dengan agak mendatar.
            “Sudah ke situ pulak budak ni. Hari tu aku dah cakap siang-siang memang aku belum terbuka hati untuk sesiapa pun. Tapi hari ini dengan beraninya dia mula berkias-kias tentang hal itu,” kataku masih bermonolog dengan diri sendiri.
            “Errr... apa maksud awak ni?” Tanya ku seperti orang yang pura-pura sengal.
            “Hmmm, takpelah bang. Lupakan saje.”
            “Maafkan saya. Saya tak mampu...” itu sahaja yang mampu aku luahkan.

            Aku mula tidak ada mood bila berbicara soal hati. Lantas aku mengajak N untuk balik.

            “Rasanya inilah pertemuan terakhir kita. Saya tak mahu perhubungan kita ni disalah anggap oleh awak dan saya tak mahu memberikan awak apa-apa harapan. Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, lebih baik sampai di sini sahaja,” aku meluahkan kata-kata yang mungkin bisa membunuh putik cinta seseorang. Dan jelas ketara raut wajah itu mula berubah menjadi mendung kelabu.
            “Takpelah, kalau dah gitu kata abang. Terima kasih di atas segalanya walaupun hanya sekadar seketika,” suara yang penuh kesayuan.

            Biarlah sepertinya aku menjadi seperti terlalu kejam. Namun aku rasa itu yang terbaik. Aku tidak mahu menyeksa hati seorang pelajar Tingkatan 6 yang masih terlalu mentah untuk menilai erti cinta dan kehidupan. Sebelum harapan itu berputik, mekar dan terus berkembang menjadi benih-benih impian palsu lebih aku padamkan segalanya. Aku tidak mahu melukakan hati sesiapa lagi. Biarlah masa memulihkan hatiku yang masih terkunci kemas dan rapat......


Selepas pertemuan dengan N, keesokkan harinya aku menjemput G di perhentian bas yang berdekatan dengan kawasan perumahannya. G tidak mahu aku menjemput di rumah. Bergetar dada jantanku apabila G melangkah masuk ke kereta dengan seluar jeans ketat, berbaju body size dan tidak mengenakan tudung. Lain benar dari apa yang ku lihat semasa pertemuan pertama. Wangiannya menusuk ke saraf deria bauku.
“Eh you ni dressing macam nak keluar bandar je?” tanyaku yang agak hairan dengan penampilannya hari ini.
“Kenapa salah ke?”
“Takdelah tapi kan kita nak pi mandi?”
“Alaa ni dalam beg I dah bawak baju mandi, short dengan tuala. Nanti sampai sana I tukar la.”
Eh betulkah apa yang aku dengar ni? Dia nak pakai short untuk mandi? Aku pun malu nak pakai short, malah aku bercadang nak pakai seluar trek je. Lantaklah asalkan dia selesa dengan apa yang dia nak pakai. Mungkin aku yang berasa tidak selesa nanti atau...? Tidak sanggup rasanya aku memikirkan apa yang bakal berlaku nanti.
Tepat jam 12.00 tengah hari kami pun tiba ke Waterfall Kota Tinggi. Setelah selesai meletakkan kenderaan tiba-tiba G bersuara.
“Nak terus pi mandi ke?”
“Iyelah habis takkan nak duduk dalam kereta je?”
“Jom la kita sembang-sembang dulu, nanti baru kita mandi,” selesai berbicara G terus melentokkan kepalanya ke bahuku.
Alamak. Hancur berkecai la imanku yang setipis kulit bawang ini. Ni nak bersembang ke nak bercumbuan?
“Eh, jom la kita pi mandi sekarang, nanti orang nampak seganlah. Tak pasal-pasal jugak nanti kena cekup,” kataku cuba mengelakkan dari berdua-duaan di dalam kereta kerana kurang yakin dengan daya tahan sendiri terhadap dugaan dan godaan ini. Lagipun ada ke kucing menolak hidangan ikan goreng berempah yang sedia mengorbankan diri? Jadi sebelum terlewat, ada baiknya aku mengubah keadaan itu. Baik ke aku?

...Mestikah bersambung lagi?...

Damai


Kemilau mentari pagimenyapa lembut jiwa si anak pipit
mencicip bunyian irama memohon dari si ibu
sesuap rezeki untuk terus menikmati sang mentari.

Angin semilir berbisik kalimah cinta tanpa penghujung
menjamah lembut wajah si anak kecil baru menjalar
segar terpinggir di celah rimbunan
menjemput dedaunan berguguran tak berarah
ke destinasi penghujung kehidupan.

Desiran ombak mencipta bunyian indah
berlagu dalam kencangnya degup jantung si anak penyu
tenggelam dalam muara merabung
menghambat buih-buih mencari erti sebuah kehidupan.

Gemersik alunan hujan damai membasahkan
hujung ketandusan permaidani menghampar bumi
menghijau kembali sesegar menatap sang puteri
riang menikmati titisan-titisan ujung garisan usia.

Biru warnanya langit terbentang luas tanpa sempadan
bertemankan awan berarak
setianya memayung isi bumi
taman permainan si unggas berterbangan.

Mentari, angin, ombak, hujan dan langit
bersatu terciptalah panorama damai.

Kisah 9.1 (Tertutup Sudah?)

Kehilangan cinta tanpa kehendak hati sememangnya satu tamparan yang membuatkan         hidupku semakin tidak keruan. Aku sebenarnya sudah letih mencari cinta yang sepertinya tiada kesudahan yang begitu membahagiakan. Apakah ini suratan ditakdirkan yang harus aku hadapi dan terus hadapi pada masa hadapan?
            Kalau dulu aku mempunyai teman untuk menghilangkan rasa bosan tetapi setelah teman baik aku berkahwin pada 1 Januari 2005, aku telah kehilangan seorang teman akrab. Tinggallah aku berdua dengan seorang lagi teman serumah yang jarang berada di rumah kerana sentiasa menghabiskan masanya dengan aweknya.
            Jadi, sebagai pengubat duka dan kesunyian, aku hanya menghabiskan masaku dengan bermain permainan komputer dan aku kembali bergiat cergas dengan arena chatting. Kalau dulu laman mIRC selalu menjadi tempat untuk aku mencari kenalan, kali ini aku mula tertarik untuk bersembang di kampungchat.net dan kampungchat.com.
            Bila berchatting sekurang-kurangnya aku mampu melupakan segala kesedihan dan mengisi kesunyian hati. Matlamat aku hanya satu, untuk mencari kenalan seramai yang mungkin tetapi bukan sebagai seorang teman istimewa. Cukuplah hanya sekadar sebagai peneman di kala aku kesunyian.
            Aku kini seperti seekor Cheetah yang bebas berlari tanpa dirantai oleh satu komitmen perhubungan yang serius. Hujung minggu aku akan memeterai blind-date dengan sesiapa sahaja yang aku kenali melalui chatting tanpa mempedulikan siapa mereka, sama ada pelajar sekolah yang berumur 15 tahun, janda dan bermacam-macam lagi. Terlalu ramai untuk aku ingati satu persatu.
            Antara kenalan yang aku temui seorang pelajar tingkatan 6 di sebuah sekolah yang berada di Kota Tinggi yang bernama N. Pertemuan berlangsung di Bandar Kota Tinggi. Setelah mengenal pasti N yang sedang menunggu di Plaza Kota, aku terus mempelawanya menaiki keretaku untuk bersiar-siar ke Desaru. Sepanjang perjalanan kami mula berbual-bual.
            “Berani jugak awak nak keluar dengan orang yang tak dikenali ek? Baru beberapa hari chatting je awak dah sanggup keluar dengan saya. Tak takut ke saya culik awak ke apa ke?”
            “Alaa saya percaya abang bukan orang macam tu. Sebab masa chat hari tu abang ni macam orang baik je. Tak pernah merepek yang bukan-bukan. Tak macam chatters lain yang mula-mula chat je dah start merepek dan mencarut.”
            “Mana awak tau saya ni baik? Entah-entah saya ni lagi teruk dari itu kot?”
            “Terpulanglah tapi saya tetap percayakan naluri saya yang abang ni orang baik-baik.”
            “Awak selalu ke chat?”
            “Selalu jugak. Abang pulak?”
            “Nak kata selalu sangat tu taklah, saja-saja hilangkan boring. Habis awak biasa keluar dengan member chatting?”
            “Kadang-kadang je. Tapi ada jugak yang saya jumpa tak senonoh, baru first jumpa dah nak pegang-pegang.”
            “Awak tak kisah ke bertemu dengan orang tua macam saya ni?”
            “Saya tak kisah pun itu semua. Apa yang penting niat dia ikhlas nak berkawan.”
            Setelah hampir tiba ke destinasi tiba-tiba aku memberhentikan keretaku di bahu jalan. Kemudian aku berpatah balik menuju ke arah pantai yang lain. Aku terlupa yang aku telah tiba ke tempat yang penuh dengan kenangan antara aku dan U. Aku tidak mahu kenangan itu datang kembali merobek ketenangan kolam hatiku sekarang.
            “Eh, kenapa abang patah balik? Tadi cakap nak pergi pantai?”
            “Tak maulah kat pantai tu tak best. Kita pergi ke Pantai Batu Layar ajelah.”
            “Kenapa pulak?”
            “Nantilah cerita, panjang kisahnya.”

            Hampir setengah perjalanan, kami pun tiba ke Pantai Batu Layar. Tanpa membuang masa kami terus beriringan menuju ke tepian pantai.
            “Ceritalah kenapa abang tak jadi nak pergi ke pantai tadi?” Pertanyaan itu yang keluar dari N setelah kami duduk di atas pasir pantai.
            “Tempat tu terlalu banyak memberikan saya kenangan dengan seseorang yang pernah saya sayang. Jadi saya tak sanggup kembali ke situ. Takut kenangan lama kembali menghantui hati.”
            “Oh, begitu kisahnya. Habis kenapa abang tak cari je pengganti dan terus kahwin?”
            “Erk kahwin? Mana awak tau yang saya belum kawin?”
            “Eleh, kan masa chatting hari tu abang cakap belum kahwin.”
“Saya sebenarnya baru lepas kecewa. Cinta saya terhalang. Sebab itulah saya masih belum kahwin. Pantai tadi tu banyak memberikan kenangan. Sebab tu saya tak pergi sana tadi,” aku berkata-kata sambil memandang N yang agak tinggi, berkulit cerah dan badannya agak berisi. Sekali imbas memang tak disangka empunya diri baru berusia 18 tahun tetapi kalau dua kali imbas memang akan nampak ciri-ciri wajahnya masih muda remaja.
            “Habis tu abang tak nak cari pengganti?”
            “Pengganti? Entahlah. Sepertinya pintu hati saya masih tertutup. Terus-terang saya perkatakan bahawa sukar untuk saya menerima mana-mana wanita lagi sebagai teman istimewa buat masa sekarang. Kalau ada pun mungkin hanya sekadar kawan biasa pengisi kesunyian.”
            “Oh macam tu.”
            “Dah lah cerita pasal benda lain pulak.”
            Agak lama juga kami duduk di atas pasir pantai sambil berbual-bual dan menikmati makanan ringan serta minuman sehingga matahari semakin terasa bahangnya.
            “Jom saya hantarkan awak balik rumah.”
            “Eh, tak payahlah susah-susah bang. Hantarkan saya tepi jalan besar dekat stesen minyak tu aje dahlah. Lain kali ajelah ok?”
            Lain kali? Mungkinkah ada pertemuan lain kali dengan N?
            “Betul ni awak tak nak saya hantarkan sampai rumah?” Tanyaku sewaktu keretaku berhenti di tepi jalan berhampiran stesen minyak yang dimaksudkan oleh N tadi.
            “Takpe. Lain kali aje.”
            “Oklah kalau gitu, terima kasih kerana sudi keluar dengan orang tua seperti saya. Ada masa insya-Allah kita jumpa lagi,” kataku sekadar berbahasa.
            “Sama-sama. Insya-Allah jumpa lagi.”
            Keretaku laju meninggalkan N di tepi jalan berhampiran stesen minyak itu. Aku tidak pasti akan adakah pertemuan selepas ini? Dalam keadaan diri yang masih tidak menentu ini, apa-apa kemungkinan boleh terjadi.
            Sebaik keretaku tiba ke rumah sewa, aku menerima satu SMS dari N yang mengucapkan terima kasih dan melahirkan perasaan seronoknya kerana dapat keluar denganku. Aku yang masih kepenatan hanya membalas SMS itu dengan ringkas.

            Seminggu selepas bertemu N, kali ini aku melakar temu janji dengan G, seorang pelajar di Politeknik yang berumur 21 tahun. Orangnya agak kecil molek, berkulit cerah. Pertemuan diatur di sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Skudai. Aku hanya meminta G terus datang ke keretaku setelah tiba di sana.
            “Awak Jemmy kan?” Sapanya setelah membuka pintu keretaku.
            “Iye saya. Awak G kan?”
            “Aaa. Selamat berkenalan,” sambil G menghulurkan tangannya setelah melabuhkan punggungnya ke seat kereta.
Aku tanpa ragu-ragu terus menyambut salam perkenalan darinya.
            ”So, kita nak ke mana?” Tanyaku.
            “Kita lunch dulu, lepas tu kita pergi mandi air terjun nak?”
            “Mandi air terjun? Tapi saya tak bawak pakaian mandi pun. Minggu depan ajelah kita pergi ok?” Kataku menolak permintaan G.
Aku sebenarnya malas nak balik ke rumah semata-mata untuk mengambil pakaian mandi. Lagipun macam tak logik jer baru jumpa terus ajak mandi air terjun. Nanti tak pasal-pasal takut aku pulak yang terjun tiruk tengok G mandi. Maklumlah kalau dah berendam dalam air ni sendiri mau ingatlah...
            “Kalau macam tu minggu depan janji ok?” Tuntut G dengan nada suara yang manja mengalahkan anak bongsu dan bisa mencairkan mana-mana lelaki pun.
            “Iyelah saya janji,” kataku menyedapkan hati G.
            “Boleh tahan jugak manjanya dia ni,” kataku kepada diri sendiri di dalam hati.
            Setelah berjaya mengenyangkan diri sendiri dan juga G dengan hidangan ayam goreng KFC, kami berjalan-jalan seketika di persekitaran pusat membeli-belah tersebut. Tetapi aku cukup terkejut apabila sepanjang berjalan-jalan dengannya, G tanpa segan-silu merangkul lenganku ibarat aku ini seperti kekasihnya. Siapalah aku untuk memarahi atau menghalang tindakan G itu. Lebih-lebih lagi kalau lengan yang memautku itu lengan wanita yang selembut sutera dan sewangi haruman bunga walaupun agak janggal kerana baru pertama kali bertemu. Anehnya kan manusia sekarang? Cukup berani walaupun masih baru berkenalan...

Followers