Mari Menyapu Habuk....

Setelah bertahun-tahun terbiar sepi adakah blog inisudah mati? Jawapannya hanya ada pada diri sendiri.. Sekelian lama aku tidak menjenguk, hari ni tiba-tiba terbuka hati untuk mengaktifkan kembali ruangan ini. Itu pun jika ada masa yang mengizinkan....

Kisah 10.3 (Aku, Dia dan Yahoo Messenger)

Terkejut! Sungguh mengejutkan apabila kali pertama aku menatap gambar AZ. Mata ini seakan tidak mempercayainya. Hati ini sarat berlingkar dengan perasaan ragu-ragu. Berkali-kali aku meminta kepastian dari AZ. Benarkah itu wajahnya yang asli? Bukan super impose? Atau bukan diambil dari mana-mana laman web dan terus mengaku tuan punya diri? Bukan sangsi dengan kejujuran AZ tapi aku seakan tidak percaya. Wajah itu memang seperti wajah yang pernah aku temui dulu sewaktu insiden di mesin ATM. Tapi benarkah dia? Masih terlalu awal untuk aku meminta kepastian.
Aku dan AZ kini semakin kemaruk dengan YM. Hampir setiap pagi di hari kerja, malah kadang-kadang bersambung di hari minggu sehingga pukul 2 pagi. Apakah ertinya semua ini? Cinta? Tidak pernah pun aku meluahkan rasa cinta, apatah lagi dia? Malah kami pun belum bertemu secara rasmi walau sudah hampir 2 bulan ber’YM’. Apa pun aku teringin untuk bertemu bertentang mata dengan AZ, cuma dia yang belum bersedia barangkali? Setiap kali aku meminta nombor telefon, dia hanya akan memberikan pangkalnya 013-7. Ya, hanya itu nombor yang diberikan. Aku tetap bersabar dan terus bersabar sehinggalah selama 2 minggu barulah aku mendapat nombor telefonnya yang lengkap.
Walaupun sudah memperolehi nombor telefonnya aku masih jarang ber’SMS’ dengan AZ. Malah setiap kali aku cuba menefonnya pantas dia akan SMS memberitahu yang dia tidak suka bercakap di telefon. Penat katanya. Apa boleh buat aku tetap bersabar sekali lagi. Tapi apa pun sesi YM kami tetap rancak seperti dahulu.
Pagi yang biasa itu, aku nekad untuk memaklumkan niat aku untuk bertemu bertentang mata dengannya walaupun hanya untuk sedetik waktu. Aku benar-benar ingin mendekatinya. Pagi yang biasa itu bertukar menjadi ceria. AZ sudi untuk bertemu denganku. Pagi itu juga dia memberikan persetujuan melalui sesi YM kami. Malah pagi itu juga baru terbongkar tempat kerja AZ yang sebenar setelah sekian lama dia merahsiakannya dari pengetahuanku.
Tapi dia memberitahu pertemuan kami itu harus berlangsung sekejap sahaja, sekadar untuk mengenali muka secara lebih dekat. Selama ini hanya melalui gambar semata-mata. Oleh itu, AZ memintaku untuk singgah di kawasan berhampiran tempat kerjanya untuk seketika dan selepas itu aku harus terus ke pejabat. Oleh kerana tiada pilihan, demi memenuhi hasrat hatiku yang sejak 2 bulan meronta-ronta ingin melihat wajah AZ secara nyata di hadapan mata. Hasratku akan menjadi kenyataan sebentar lagi.
Sejurus sampai di tempat yang dijanjikan aku terus SMS AZ.
“Saya dah sampai kat blkg opis awk ni,” lalu aku menekan butang send.
Segera handphoneku berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
“Saya tau. Sy dh nmpk. Tunggu jap lg sy sampai.”
Perasaan begitu gemuruh. Degupan jantung semakin kencang. Tidak keruan dan irama nadi semakin tidak selari. Penyakit apa ini? Darah gemuruh? Dengan gementar masih tersisa, aku menatap wajah sendiri di dalam cermin pandang belakang. Rambutku agak tidak terurus, sedikit panjang. Kulit semakin gelap dek kerana selalu berjemur di tengah padang bola. Misai agak panjang. Aku cuba membetulkan rambut yang agak kusut sedikit setakat mana yang termampu.
Ibarat pesalah menanti hukuman di kandang mahkamah, jantungku bergetar dengan lebih kencang apabila melihat susuk tubuh AZ semakin menghampiri keretaku. Seberapa pantas, aku keluar dari kereta dan AZ semakin hampir..... eh, alamak? Kenapa seperti aku kenali wajah itu?
Dup....dab..dub...dab. Ah, denyutan jantung yang semakin kencang ini begitu membuliku! Lumpuh segala aturan ucapan yang telah aku lakarkan di kotak fikiran sebentar tadi. Yang menjelma kini hanyalah bahasa tergagap persis kanak-kanak yang baru belajar berbicara.
“Er... er... er.... awaklah AZ yang saya YM selama ini kan?” Begitu susah untuk ku tuturkan ucapan itu dengan nada yang gementar disertai pakej denyutan jantung yang terus berdenyut kencang.
“Dah tengok muka depan-depan kan? So, saya balik opis dulu” ujar AZ.
“Eh kejaplah. Ada something saya nak tanya awak.”
“Apadia?”
“Awak ke yang saya pernah terlanggar di mesin ATM dulu?”
“Mungkin?” Jawabnya ringkas dan terus berlalu meninggalkan aku terkebil-kebil dengan seribu satu pertanyaan.
Sebelum melangkah lebih jauh, AZ sempat berpaling dan berkata:
“Jumpa lagi next time.”
Aku hanya membiarkan dia berlalu. Tanpa sepatah kata. Lidah masih terkelu, hati masih keliru. Hanya mampu menjawab di dalam hati.
“Memang saya ingin bertemu lagi dengan awak.....”
Benarkah dia gadis itu? Gadis yang telah membuatkan aku menganyam mimpi dan angan-angan indah. Aku kini telah selangkah keluar dari alam fantasi menuju realiti. Ya, aku telah menanam impian. Aku aku berusaha untuk memiliki AZ. Berusaha untuk mencuri hatinya. Tapi bagaimana? Mampukah aku memiliki cintanya?
Apa yang menggembirakan aku, bermula dari pertemuan itu perhubungan kami melalui YM menjadi lebih kerap. Sehinggakan ada sesi sambungan di waktu malam.
Setelah hampir berbulan mengenali dan berhubungan dengan AZ melalui YM dan SMS telah tiba saatnya untuk aku menyampaikan segala hasrat hati. Ya! Aku ingin mengajak AZ untuk first date. Pantas aku membuat permohonan secara rasmi melalui sesi YM kami.

Jemmy76: Assalamualaikum... Good morning awak. Apa khabar hari ni?
Wonder life: Waalaikumussalam. Morning 2. Alhamdulillah sihat. Awk?
Jemmy76: Alhamdulillah sihat gak.
Wonder life: Dah sarapan?
Jemmy76: Belum lagi. Tunggu awak hantarkan makanan.
Wonder life: Geli je awak ni. Cakaplah betul-betul, dah sarapan belum?
Jemmy76: Belumlah awak. Saya belanja awk sarapan nak?
Wonder life: Tak nak lah. Lagipun saya dah sarapan tadi kat rumah.
Jemmy76: Iyelah. Hmmmm....
Wonder life: Kenapa hmmm aje?
Jemmy76: Camna ek?
Wonder life: Camna apa?
Jemmy76: Boleh tak saya nak ajak awak keluar hari Ahad ni?
Wonder life: Nak keluar mana?
Jemmy76: Keluar tengok wayang ke....
Wonder life: Kalau berani datanglah rumah. Mintak izin dengan mak saya.
Jemmy76: Berani aje. Awak jangan cabar saya.
Wonder life: Ok. Saya nak tengok.
Jemmy76: Boleh. Hal kecil je tu.
Wonder life: Awak ada nak chat apa-apa lagi tak?
Jemmy76: Kenapa?
Wonder life: Saya busy sikit la hari ni. Lain kali sambung lagi ok?
Jemmy76: Alaaaaaaaaa......
Wonder life: Jumpa hari Ahad ni. Itupun kalau awak berani.
Jemmy76: Ok tunggu je kat rumah. Sebelum tu bagi la alamat rumah.
Wonder life: Saya tak nak bagi alamat. Cuma nak bagi klu je.
Jemmy76: Pulakkkkk....
Wonder life: Rumah saya tu senang je nak cari.
Jemmy76: Apa klunya?
Wonder life: Dari jalan besar, masuk simpang kiri.
Jemmy76: Takkan tu je klunya?
Wonder life: Rumah atas bukit. Warna pink. depan rumah ada pokok
kelapa. Rumah saya betul-betul simpang. Carilah.
Jemmy76: Baik. Saya datang Ahad ni.
Wonder life: Ok. Saya offline dulu. Bye. Take care.
Jemmy76: Ok bye. Take care too.

Nampaknya permohonanku berjalan lancar tapi yang seramnya nak kena mintak izin dari mak dia. Berani ke aku? Seumur hidup, aku belum pernah berjumpa dengan mak atau ayah awek-awek yang aku kenali sebelum ini semata-mata hanya untuk meminta izin membawa anaknya keluar.
Demimu AZ aku sanggup. Biar lautan garam yang masin itu sanggup ku renangi dan meneguk setitik airnya demi membuktikan bahawa aku benar-benar serius untuk berkawan denganmu.


...Kerana dia...

Blogger Templates
Blogger Templates

Followers