Diam tak diam 2 tahun gak aku study matrikulasi kat UPM ni. (Rindu plak kat UPM sebab dah lama aku aku tak jenguk pi sana. Apa khabar agaknya dengan KTP? KPZ? KMR?? KTDI? Banyak lagi la dah lupa nak sebut.) Erkk sorry off topic + melalut jap. Ni kes cintakan kolej tempat menginap masa study dulu ler ni.
Sepanjang 2 tahun aku belajar matrikulasi UPM tiada apa sangat yang menarik untuk dikongsikan. Kehidupan biasa seorang pelajar yang memenuhi masa terluangnya dengan mengulangkaji pelajaran, bermain badminton dan menyanyi kat toilet. Sambil kadang-kadang aku pun menambah hobiku dengan mengumpul setem serta mengumpul buku komik seperti Alam Perwira, Pedang Setiawan, Dewata Raya serta Wira-wira Keinderaan dan entah apa-apa lagi tajuk komik yang aku sendiri pun dah lupa. Dah habis study matrikulasi aku pun melanjutkan lagi pengajianku ke peringkat ijazah tetapi kat UPM tak dipanggil ijazah cuma dipanggil Bacelor.
So pening kepala jugak nak fikirkan course apa nak diambil?? Fikir punya fikir sampai tahap maksima sebab aku malas nak ambik course yang melibatkan subjek matematik memandangkan di atas kebijaksanaan aku yang melampau tahap gagal dan lulus yang cukup-cukup makan sahaja, maka aku main ikut gerak hati aku ajer. Belasah ajerlah ambik course ni (nama course terpaksa aku rahsiakan demi menjaga reputasi dan kerahsiaan aku sebagai seorang penulis). Boleh dapat plak tu. Kira ok la kan?? Yang bestnya dah dapat sambung ijazah pun aku still dapat stay kat KTP jugak.
Walaupun dah menjadi junior kembali tetapi hakikatnya aku seorang senior di kolej. So apa lagi masa ni la chance nak buli bebudak junior. Tapi aku tidak sekejam itu malah aku tidak pernah teringin pun untuk membuli pelajar junior kerana aku ni baik hati kononnya. Walhal masa aku menjadi junior dulu aku pernah disimbah dengan air sabun dari tingkat 4. Siap ada air sabun rendaman perisa pakaian dalam yang sudah hampir seminggu direndam. Baunya mengalahkan bangkai seekor lipas yang mati tersepit di celah meja.
Masa tengah lepak-lepak dengan member di bangku tepi blok depan kafe tu ada pulak bebudak pompuan junior datang nak mintak tandatangan senior macam aku ni ler hehehe. Apa lagi depa mengayat ajerlah. Aku tumpang tengok sebab aku ni kan pemalu. Alamak dah terpanjang plak. Nanti la aku abiskan dulu kisah 3.1 ni.
Nanti sambung lagi ok??
Tiga Permintaan Isteri
6 years ago
0 comments:
Post a Comment