Kisah 5.3 (Cinta Alam Siber II)

Berulang-ulang kali aku membaca surat kiriman dari C yang telah meluahkan perasaan suka dan sayang kepadaku setelah hampir setahun kami berutus email. Tak berhenti-henti aku membaca kalimah yang tertulis “Saya cintakan awak”. Ku kucup warkah itu sehingga lunyai. Gembira rasa hati tidak terkira.

Sememangnya aku tidak mengambil masa yang lama untuk menerima luahan cinta C kerana aku pun telah sekian lama mula menyimpan perasan sukakan C. Lantas malam itu juga sambil ditemani bunyi burung hantu (asal malam aje bunyi burung hantu kan?) dan cengkerik serta bertemankan bayang-bayangku sendiri di bawah sinaran lampu kalimantang di bilik, aku mengarang surat cintaku untuk C yang menyatakan isi hatiku yang terpendam selama ini.

Aku sangat gembira kerana aku tidak bertepuk sebelah tangan. (Tapi kalau tepuk sebelah tangan kat belakang badan unta pun boleh berbunyi juga kan? Tak kisah lah, yang penting hatiku semenjak menerima surat cinta itu semakin berbunga-bunga keriangan. (Asal gembira aje keluar ayat bunga kan?) Perjalanan hidupku kembali meriah disirami cahaya cinta yang pelik lagi ajaib kerana aku dengan C tidak pernah bersua muka. Hanya email dan surat menjadi penghubung kami selama ini. Hanya gambar-gambar yang diutuskan menjadi tatapan bahawa itulah wajah kekasih ku.

Tidak lama selepas itu, aku pun mula tergerak hati untuk membeli handphone kerana merasakan sudah sepatutnya aku memiliki handphone. Masa ni tengah top model Nokia 3310. Lagipun berhubungan melalui email dan surat belum mencukupi untuk melampiaskan rindu malahan tidak dapat berhubungan setiap masa.

Maka bermula dari hari itu, aku mula menjadi manusia yang sudah mempelajari sifat monyet iaitu suka bergayut. Malahan kalau monyet tengok aku bergayut kat telefon pun mungkin monyet tu akan mengaku kalah dengan kehebatanku yang mampu bergayut di telefon selama 3-4 jam sehari tanpa jemu sehinggakan cuping telingaku sering meronta-ronta meminta simpati tidak tahan kepanasan.

Pada masa itu, masih belum dapat nak berSMS lagi kalau berlainan line. Aku pakai line Celcom sedangkan si C pulak pakai line Digi. Zaman sekarang pakai line apa pun dah boleh SMS. Silap-silap pakai line tiada dalam perkhidmatan pun dapat SMS jugak!
Demi cinta aku terpaksa membayar bil telefon yang mencecah sehingga RM700-800 sebulan. Aduh parahnya. Pernah sebulan mencecah RM1500. begitulah hebatnya penangan cinta hinggakan aku lupa bahananya. Aku jadi mabuk kepayang.

Namun sampai bila aku harus mengkayakan syarikat telekomunikasi sedangkan aku papa di tengah bulan? Memang suatu yang tidak logik kerana 1/3 daripada duit gaji terpaksa digunakan hanya semata-mata untuk menyelesaikan bil telefon. Takkanlah aku penat-penat bekerja mencari duit hanya untuk membayar bil?

Aku terpaksa mencari jalan penyelesaian. Jadi aku mula memikirkan alternatif lain. Jadi, dengan kebijaksanaan yang aku miliki maka aku telah membeli 2 keping simcard Hotlink yang pada masa itu berharga RM238.00 sekeping. Satu untuk C dan satu lagi untuk aku. Maka aku telah kirimkan melalui pos laju satu nombor prepaid Hotlink untuk C gunakan sebagai talian khas untu perhubungan kami berdua. Aku pun menggunakan nombor prepaid Hotlink. Inilah baru dikatakan sebagai langkah penjimatan yang bijak.

Jadi boleh dikatakan hampir complete medium untuk saling berhubungan di antara aku dengan C pada masa itu. Dapat berhubung melalui SMS, E-mail, surat serta tidak dilupakan panggilan telefon. Nasib baik lah aku tidak ada mesin fax dan video conference pada masa itu, kalau ada confirm mesin fax dan video conference sekalipun akan aku gunakan untuk berhubungan dengan C. Betapa manisnya alam percintaan.

Tapi apakah percintaan ini akan bahagia dan berkekalan untuk selama-lamanya? Atau ianya akan berakhir dengan seribu penderitaan? Apakah yg akan berlaku selepas ini? Tunggulah dalam episod 5.4 yang akan datang melalui skrin-skrin monitor anda sama ada di office atau di rumah serta di kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya yang dapat menerima saluran internet.


...Masih mempunyai sambungan...

0 comments:

Post a Comment

Followers