Kenapa aku hilang sabar apabila berada di jalan raya?

Kalau diikutkan, aku ni bukanlah manusia yang terlalu mudah hilang sabar. nak dikatakan terlalu penyabar pun tidak juga. Bukan nak membangga diri tapi dalam keadaan seharian, aku masih mampu bersabar apabila beratur di mesin ATM atau dikaunter bank. Malah masih mampu bersabar dalam menghadapi kerenah manusia yang melibatkan alam pekerjaanku.
Foto ehsan: www.sweetcontemplation.com

Tapi kenapa aku seperti menjadi manusia lain apabila berada di jalan raya? Aku menjadi seorang cepat pemarah, hilang sabar dan kadang-kadang berbakat menjadi seorang tukang bebel yang begitu lantang membebel apabila berada dalam kereta dan memandu. Kenapa? Malah pernah sehinggakan aku terbayang-bayang kalau aku menjadi super hero atau pun manusia yang kuat seperti mahu rasanya aku keluar dan menghancurkan kenderaan yang begitu biadap mementingkan diri sendiri. Malah pernah juga terfikir kalaulah aku membawa alat-alat seperti kayu golf atau kayu besbol mahu rasanya aku pecahkan cermin kereta orang tersebut. Punyalah dasyat sampai ke tahap itu.
Foto ehsan: www.sarawaksafe.sarawak.gov.my/road.html

Bukan setakat itu, malah pernah terkeluat ayat-ayat carutan dan makian yang tergolong dalam kategori 21SX. Mengejutkan penumpang yang ada dalam keretaku terutamanya isteriku. Kenapa ya? Kalau di luar sana, aku Nampak begitu sopan dan lemah seperti lelaki budiman la kononnya! Pijak anak kera pun tak mati. Kenapa aku berubah sikap apabila berada di dalam kereta? Ada komen atau tip-tip yang boleh dikongsikan oleh rakan-rakan blogger yang budiman sekalian? Aku pernah cuba bersabar. Pernah cuba menahan marah dengan beristighfar dan mengucap. Tapi tak kekal lama. Sikap buruk aku akan muncul semula. Selepas beberapa hari. Jadi jikalau ada sesiapa yang sudi memberikan komen, nasihat atau tip sila-sila tinggalkan komen anda. Terima kasih!

Blogger Templates

Blogger Templates

0 comments:

Post a Comment

Followers