Kisah 5.1 (Bermulanya Sebuah Kisah)

Hampir sebulan aku memulakan pengajianku sini. Mula-mula segalanya agak payah bagiku. Sukar untuk mencari kawan baru lantaran sikap aku yang agak pendiam. Makin sukar untuk bergaul dengan rakan-rakan sekelas lantaran kebanyakkannya dah agak berumur. Ada yang sampai menjejak umur 34 tahun. Sedangkan aku ni antara orang yang termuda di dalam kelas. Umur aku masa ni 24 tahun. So untuk memenuhkan masa lapang aku, boleh dikatakan hampir setiap hari aku mengunjungi kafer siber yang berhampiran dengan tempat aku belajar.

Dua bulan berlalu, aku mula membiasakan diri dengan suasana pembelajaran di sini. Aku mula rapat dengan kawan-kawan di sini. Malah dah menjadi terlalu rapat. Tak ku sangka rupa-rupanya orang yang dah berumur 30-an pun lagi gila-gila kepalanya berbanding mereka yang berusia 20-an ni malah aku rasa lagi seronok berkawan dengan mereka. Dalam ramai-ramai itu aku agak rapat dengan satu geng yang menyewa rumah berdekatan dengan tempat belajar.

Masa study di sini aku mula mengenali dunia siber dan apa itu cinta siber. Aku banyak mencari kenalan-kenalan perempuan di dalam dunia siber untuk mengisi ruang hatiku yang masih belum terisi. Biasanya aku suka chatting kat mIRC atau MU Internet Relay Chat (betul ke maknanya ni).
Seperti biasa aku banyak berkenalan dengan perempuan melalui dunia siber kerana aku lebih selesa dengan dunia ini. Lagi pun kita tidak perlu bertemu secara face to face, so kiranya menambahkan keyakinan sedikit untuk bersikap lebih berani dan terbuka. Tetapi kalau berjumpa secara berhadapan, memang confirm aku masih mengigil.

Dari sesi perbualan melalui mIRC, ada perkenalan yang dilanjutkan sehingga bertukar-tukar email dan seterusnya bertukar-tukar nombor telefon rumah. Zaman ni pun aku masih tidak mempunyai keinginan untuk membeli handphone walaupun berkemampuan.

Dalam banyak-banyak kenalan siberku itu aku suka berkawan dengan seorang perempuan yang aku panggil sebagai C. Boleh dikatakan hampir setiap hari kami akan berbalas email. Tidak cukup dengan email kadang-kadang kami akan membuat temu janji untuk chatting bersama-sama di MIRC.
Kalau itu belum mencukupi, kadang-kadang aku mengumpul duit syiling semata-mata nak call dia yang jauh di seberang Laut China Selatan. Nak berjumpa pun tak mampu sebab kami terlalu jauh terpisah. Hanya email menjadi penghubung kami.

Lama-kelamaan kami menjadi terlalu akrab. Segala kisah suka-duka, pahit-maung kehidupan telah dikongsi bersama. Lantaran keakrabah itu telah menimbulkan satu perasaan yang lain di dalam hatiku. Seperti rasanya aku ingin menjadikan dia teman istimewaku. Tapi aku seperti biasa, takkan meluahkan apa yang aku rasa terhadap dia. Biarlah ku pendamkan dulu perasaan suka kat dia.

Dari seorang kenalan email, semakin rapat menjadi teman. Adakah aku jatuh hati dengan kenalan siberku ini? Inikah yang dipanggil cinta siber? Apa agaknya yang berlaku seterusnya dengan cintaku terpendam ini untuk kesekian kalinya? Perlukah aku meluahkan segala isi hatiku melalui email?

Aku memutuskan untuk membiarkan masa yang menentukan segalanya. Biarlah hubungan ini berjalan dengan lancar dahulu. Biarlah aku mengumpul segunung keyakinan diri untuk meluahkan perasaan hatiku. Biarlah aku meluahkan melalui medium email sahaja. Itu lebih mudah bagiku kerana tidak perlu untuk bertentang mata.
Aduh, kenapa la aku ni terlalu penakut? Susah untuk meluahkan apa yang aku rasa. Aku terlalu malu andainya luahan hatiku ditolak mentah-mentah. Tetapi berdasarkan layanan C melalui email dan chatting, aku dapat rasakan yang dia memberikan layanan yang istimewa untukku. Atau adakah aku hanya terperasan sendiri?


...Bersambung...

Followers