Kisah 10.2 (Antara Realiti dan Fantasi)

Berdiri, jatuh dan bangun kembali. Seboleh-bolehnya setiap manusia yang terjatuh akan cuba untuk bangkit kembali. Tapi aku? Sudah berapa kali aku jatuh? Sudah berapa kali aku cuba bangkit dan di saat itu juga aku akan jatuh lagi dan terus terjatuh sehingga aku tidak mampu untuk bangun lagi di saat ini. Mujurlah apa yang berlaku ini tidak mengganggu perjalanan alam pekerjaanku. Aku tidak lagi seperti dulu yang sering terbawa-bawa alam emosi dengan alam pekerjaan. Kerja tetap kerja, tidak perlu dicampur aduk dengan emosi dan permasalahan dalam alam percintaan. Baru gagal dalam cinta kan? Berapa ramai lagi di luar sana yang gagal dalam hidup tapi masih tenang menghadapi semuanya. Aku patut bersyukur, sekurang-kurangnya aku masih mempunyai emak ayah dan kerja yang tetap!

 
Meneruskan rutin biasa. Aku mengadap laptop, kemudian melayari kampungchat.com untuk mengisi masa terluang dan menghilangkan kebosanan yang selalu bersarang. Dengan mengunakan nickname yang biasa aku gunakan, aku mula menanti sesiapa yang sudi untuk memulakan sesi chat. Hampa, setelah 30 minit menanti masih belum ada sesiapa yang sudi menegurku. Baru aku berkira-kira untuk bangun ke dapur bagi mendapatkan segelas air, tiba-tiba ada satu nickname yang cuba untuk memulakan sesi chat denganku.

Daun: Hai. Boleh chat?
Aku (Nickname terpaksa dirahsiakan): Hai. Boleh je. a/s/l plz..
Daun: Takde benda lain ke? Asyik-asyik a/s/l huhuhuhu.
Aku: Habis nak macam mana pulak? Dah memang begitu selalunya sebagai tanda sesi permulaan pengenalan diri.
Daun: Yelah...yelah. 24/f/jb.. u?
Aku: 29/m/jb. Eh awk jb area mana?
Daun: Kulai, kenapa? U duk mane?
Aku: Samalah. Saya pun duk Kulai.
Daun: Yeye je awak ni. Kalau betul duk Kulai kat mana awak stay?
Aku: Betulah. X caya plak. Saya duk Taman *****. (Maaf rahsia). Awk plak duk katner?
Daun: I duk Felda **** ***** (Maaf rahsia lagi) tapi keje kat area Batu 21. awak tau kawasan tu kan?
Aku: Eh, tau sangatlah. Saya pun keje dekat-dekat area situ.
Daun: Biar betul awk ni? Awak keje apa?
Aku: Awak ni. Ingat saya penipu ke? Apa saya dapat kalau saya tipu awak? Saya kerja sebagai Pegawai ************** (maaf terpaksa rahsiakan sekali lagi.) Awak pulak kerja apa?
Daun: Saya keje bahagian **** (lagi-lagi rahsia, jangan marah eh nanti kena jual.)
Aku: Ooooooo camtu rupanya. Awak selalu ke chat kat sini?
Daun: Taklah. Hari ni baru 1st time. Selalu saya chat kat YM je.
Aku: Kisahnya. Boleh bagi ID YM awk?

Tiba-tiba aku merasa terlalu excited untuk meneruskan sesi chat dengan nickname Daun ni. Maklumlah sepanjang aku menceburkan diri dalam sesi chat inilah kali pertama aku bersembang dengan orang yang berada di kawasan yang sama denganku. Semangat ingin mengenali siapakah yang empunya diri nickname Daun itu semakin membuak-buak dan semakin rakus menguasai diriku.
Setelah 30 saat berlalu, tiada jawapan.
60 saat berlalu masih tiada jawapan.
Aku: Elooooo, ada lagi tak?
***Daun is no longer on the server****
Aku: Adessss dah hilang pulak.
***Daun is no longer on the server****

Kecewanya aku di saat itu hanya Tuhan yang tau. Sayangnya, belum sempat untuk aku mengenali Daun dengan lebih dekat tiba-tiba dia sudah offline. Sekurang-kurangnya kalau dia sempat berikan ID YM senang sikit. Ini apa pun tidak.

Aku terus menanti selama 300 saat. Tiba-tiba...
Daun: Hai. Sorry tadi tiba-tiba plak disconnect.
Aku: Hai. Ingatkan awak dah xnk chat tadi. Sedih saya x sempat mintak YM awak.
Daun: Eleh itu pun nak sedih. Sampai mana tadi kita berbual?
Aku: Sampai saya mintak YM awak, pastu awk terus disconnected.
Daun: Oklah, nanti awak add ID saya. dotdotunderscoredot@yahoo.com. Awak kat opis ke kt rmh ni?
Aku: Thank. Kat rumah ni. Saya masuk keje tengah hari.

Aku tersenyum seharian itu sehinggakan sampai ke tempat kerja aku kegirangan seumpama memenangi hadiah kuiz bernilai sejuta ringgit. Aku tidak tahu kenapa aku harus terlalu segembira ini. Seolah-olah aku telah dikurniakan satu kekuatan luar biasa untuk bangkit dari kekalahan yang telah aku alami selama ini. Tanpa ke sedari aku mengepal-ngepal tanganku dan menjulangkan ke udara seperti meraih kemenangan. Mujurlah kelakuan sumbangku itu tidak disedari oleh sesiapa pun yang berada di pejabat sewaktu itu. Kalau tidak, mungkin aku telah dicop “mental”.

Malam itu aku mencuba nasib mengintai-intainya di Yahoo mesengger kot-kot dia online di waktu malam. hampa, nampaknya aku terpaksa menanti hari esok. Sememangnya aku tidak sabar menanti hari esok. Malamku tidak lena. Hampir pukul 2 pagi barulah aku terlelap. Sedar-sedar sahaja sudah jam 6.30 pagi ketika alarm clock pada handphone menyanyi-nyanyi mengejutkan aku.

Usai solat subuh anak gajah, tanpa mandi (bukan orang tau pun aku tak mandi) aku terus keluar untuk membeli sarapan dan surat khabar. Meneruskan rutin di waktu pagi, siap bersarapan dan membaca surat aku terus menghidupkan suis laptop dan internet. Tanpa membuang masa terus log in ke akaun Yahoo mesengger. Yes! Aku sungguh teruja. Terpampang namanya di senarai pengguna yang sedang online.

Ini bukan lagi mimpi. Ini adalah kenyataan. Tanpa membuang masa walau satu saat pun aku terus memulakan sesi perbualan dengan Daun melalui YM. Kenapa aku masih menggelarkannya Daun? Sudah tentu sebab aku masih belum tahu siapakah namanya yang sebenar. Lagipun nick pada YM pun masih tidak guna nama sebenar hanya wonder life. Maka sesi perkenalan dengan lebih lanjut pun bermula.

Jemmy76: Assalamualaikum... Good morning.
Wonder life: Waalaikumussalam. Morning 2. Sapa ni?
Jemmy76: Lorrr, dah lupa ke? Kan semalam kita chat kt kampungchat.
Wonder life: Eh, ye ke? Alamak lupa. Sorry, baru teringat.
Jemmy76: Iyelah tu. Dah ramai sangat kenalan kot, tu yang lupa.
Wonder life: Takdelah. Semalam saya chat dgn awk jer.
Jemmy76: Tanya sikit boleh?
Wonder life: Nak tanya apa?
Jemmy76: Kenapa kat YM pun tak guna nama sebenar?
Wonder life: Saje, xleh ke? Eleh mcm awk guna nama sebenar...
Jemmy76: Abis tu apa nama sebenar awk?
Wonder life: Just call me AZ. Habis nama awak apa? Takkan jemmy kot?
Jemmy76: Eh, nama saya pun mula dengan huruf AZ jugak. Macam ada
jodoh pulak kita ni kan?
Wonder life: Banyak la awak.
Jemmy76: Kalau ada jodoh pun ape salahnya...x salahkan?
Wonder life: Hah yelah. Eh awak ni x keje ke?
Jemmy76: Keje... tapi masuk kul 12.30.
Wonder life: Oh patutlah pagi-pagi dah online.

Sesi YM antara aku dan AZ berterusan sehinggakan aku tidak sedar yang aku masih belum bersarapan, malah belum mandi dari pagi tadi. Apa yang aku tahu masa sudah berganjak ke pukul 12.00 tengah hari.
“Alamak, mati aku kali ni. Mandi pun belum, ada nanti terlewat masuk kerja,” aku merungut sendirian.

Tergesa-gesa aku menamatkan sesi YM itu dengan hati yang berat. Walaupun hampir 3 jam ber’YM’, namun terasa seakan-akan baru 3 minit berlalu. Apa pun aku berharap pagi-pagi yang akan ku lalui selepas ini tidak akan lagi kosong. Akan berharap agar AZ mampu mengisi kekosongan itu melalui sesi YM kami.Kadangkala aku rasa pertemuan di ruang chat bersama AZ bagaikan mimpi, tapi adakah mimpi itu akan menjadi realiti? Aku sekarang telah hanyut di dunia siber untuk kesekian kalinya. Namun apa yang aku harapkan semoga AZ akan sentiasa menemaniku di ruang siber ini.

Hari-hari yang kulalui lebih bermakna sekarang. Kami semakin rancak online adakalanya bagaikan tidak mahu berhenti. Sanggup ku tahan lapar dan dahaga semata-mata ingin ber’YM” dengan AZ. Oh, AZ! Aku terkesima apabila kau menunjukkan gambarmu yang sebenar pada suatu hari. Adakah dia gadis itu?


Blogger Templates

Blogger Templates

5 Dalil Kenapa Aku Membenci Tabiat Perokok.

Walaupun aku merupakan bekas seorang perokok tegar tapi selepas berjaya menghentikan tabiat buruk tersebut baru aku sedar yang selama ni banyak tabiat buruk perokok yang aku sendiri telah lakukan. Antara 5 dalil yang menyebabkan aku benci tabiat perokok!
 Gambar dicedok dari: http://wakupkids.blogspot.com/2009/09/bahaya-rokok.html

1. Tidak menghormati orang lain.
- Selamba aje hisap rokok depan orang lain dan membebaskan bau asap yang busuk dan mengganggu ketenteraman hidung. Kasihan kat bayi, kanak-kanak dan perempuan yang tak pasal-pasal menyedut asap yang penuh dengan racun itu.
2. Pengotor.
- Ibarat habis madu sepah dibuang. Dah habis hisap, puntung dibuang merata-merata siap pijak-pijak lagi.
3. Pencemar udara.
- Tengah menyedut udara yang nyaman di taman-taman ada sahaja perokok yang tanpa segan silu menghembuskan asap yang mencemarkan udara bersih. Geram tak?
4. Mungkin menjadi punca jalan jem.
- Apa kaitan pulak perokok dengan jalan jem? Kalau tak percaya cuba perhatikan mereka yang tengah merokok sambil memandu bukan main lagi bawak perlahan sambil makan angin dan asap siap keluarkan tangan yang tersepit rokok di tingkap kereta.
5. Merosakkan baju.
- Akibat menumpang motorsikal seorang perokok tegar habis baju melayu aku tembus terkena percikan api mesra dari rokok keretek. Huwaaaaa….

Kalau coretan ini terkena batang hidung perokok di luar sana, maaf saya ucapkan. Saya bukan membenci anda tapi saya membenci tabiat merokok anda!

Blogger Templates

Blogger Templates

Kenapa Aku Berblogging?


Merayau-rayau melihat, membaca dan memerhati penulisan-penulisan para bloggers di blog masing-masing kadang-kadang membuat aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Kenapa aku berblog? Apa tujuan sebenarnya? Sekadar nak mencarut-carut? Ingin meluahkan perasaan marah, geram atau benci? Atau sekadar ingin mengutuk individu, persatuan atau apa-apa pertubuhan yang tidak selari dengan fikiranku?

Setelah meneliti dan mengkaji, baru aku putuskan bahawa aku berblog hanya sekadar untuk berkongsi rasa, idea dan apa sahaja ilmu yang boleh dikongsikan? Mencarut? Maki? Menghamburkan amarah, geram dan benci? Tidak sama sekali. Biarlah orang lain tapi bukan aku. Aku tetap dengan cara aku.

Apakah aku mencari populariti? Mahu mengumpul pengikut setia? Rasanya pun tidak. Tapi aku bangga andainya ada yang sudi mengikuti penulisanku. Mahu melawat dan membaca penulisanku yang tidak seberapa.

Bagaimana dengan anda? Apa tujuan anda berblog? Tepuk dada tanyalah diri masing-masing….
Blogger Templates

Blogger Templates

Kisah 10.1 (Dua Tahun)

Dua tahun tanpa cinta. Kesan penolakan oleh AS memang sedikit sebanyak mempengaruhi perjalanan hidupku. Natijahnya, sehinggakan aku trauma untuk mendekati dan memilik cinta lagi. Walau sekuat mana aku cuba menolak perasaan dan keinginan itu semakin kuat ia memburuku dek kerana kesunyian yang sering menjadi peneman. Setiap hari-hari yang aku lalui adalah kesunyian. Sementelah lagi kini aku hanya tinggal bersendirian. Kawan serumahku telah selamat melangsungkan perkahwinan. Maka bermulah hidupku sendirian di rumah sewa ini dan setiap hari berselimutkan sepi.

Selain itu ku rasakan seisi dunia seolah-olah mengejekku. Ke mana ku pergi, setiap kali bertemu dengan pasangan yang sedang bercinta seakan mereka mentertawakanku. Aku bencikan ini semua. Malang sangatkah menjadi insan seperti aku?
Oh, bosan! Aduhai, sunyi! Kenapa kalian begitu setia menemaniku? Pergilah kalian. Aku ingin mengusir kalian keluar dari diriku. Berkelanalah kalian. Usah temani diriku. Aku sudah tidak betah bertemankan kalian pada saat-saat usia begini.

Apa harus aku lakukan? Menyibukkan diri dengan urusan kerja? Bagaimana hari minggu? Kembali mencari kenalan-kenalan alam siber? Sampai bila? Untuk apa? Untuk kecewa lagi? Untuk diketawakan lagi? Persoalan demi persoalan tanpa jawapan terus bertandang. Apa yang pasti aku tetap begini, sendirian masih bertemankan sunyi dan bosan. Tidak! Aku harus lakukan sesuatu tapi apa yang haru aku lakukan? Pergi bercuti lagi?

Aku mencari damai di hati. Sebaliknya apa yang aku temui di PD hanyalah cebisan-cebisan kenangan luka yang telah lama termendak di dasar hati yang paling dalam. Kenapa harus timbul kembali? Oh, Tuhan. Kuatkanlah hatiku. Aku bukan insan lemah. Aku harus melupakan kenangan yang telah kemas terpaku di lipatan sejarah. Biarlah ia berlalu. Hidup perlu diteruskan.
Kadang-kadang hidup ini agak membosankan tanpa cinta dari seorang wanita yang bergelar kekasih. Tiada apa yang boleh aku lakukan. Masih seperti rutin-rutin terdahulu melayari arena chatting, chatting dan terus berchatting. Kenalan-kenalan yang terdahulu seperti L dan yang lain-lainya semua telah aku tinggalkan. Aku akan bermula semula dari kosong.

Berkenalan, bertukar-tukar ID YM, email atau nombor telefon sudah menjadi kebiasaan bagi aku. Semakin lama aku semakin jemu. Perlukah aku keluar dari dunia siber yang penuh dengan alam fantasi ini? Kalau aku keluar dengan siapa pula aku ingin berkenalan dan mencari cinta? Susahnya juga menjadi manusia yang kompleks seperti aku ini. Adakalanya aku menjadi terlalu pemalu dan pendiam apabila berhadapan dengan manusia dari dunia biasa. Kalau bertemu dengan manusia yang aku kenali dari dunia siber, tahap pemaluku dengan sebegitu mudah hilang begitu sahaja.

Beratus-ratus kenalan malah mungkin mencecah ribuan kenalan melalui alam siber yang telah terkumpul setelah beberapa tahun aku menceburkan diri di alam ini. Tetapi pertemuan dengan seorang gadis melalui cara yang tidak disengajakan telah mengubah hidupku.

Pagi Sabtu yang sunyi. Aku bersiap-siap seadanya. Sekadar menyisir rapi rambut yang dibasahi krim rambut berjenama Follow Me. Aku menyemburkan wangian Polo Blue kegemaranku sedikit di atas pergelangan tangan tempat di ukur denyutan nadi dan sedikit ke bahagian bajuku. Sekurang-kurangnya aroma itu mampu menyegarkan aku untuk seharian. Enjin kereta kesayangan mula ku hidupkan. Aku menghala ke bandar tanpa ku ketahui ke manakah destinasi akan ku tujui? Apa-apa pun aku perlu mengambil duit di mesin ATM kerana yang tinggal dalam walletku hanya RM10.00. Nak isi minyak kereta pun tak lepas.
“Sorry,” hanya itu yang mampu aku tuturkan setelah dalam keadaan tergesa-gesa tadi aku telah terlanggar seseorang.

Terlihat wajah itu kemerahan, dalam keadaan menahan geram atau marah barangkali.
“Maaf sekali lagi. Saya betul-betul tak sengaja. Tadi masa saya sampai saya seorang je. Nak cepat, tak perasan pulak awak tengah beratur kat belakang,” sambil berterusan meminta maaf aku mengutip duitku yang telah terjatuh.
“Tak apa, sikit aje. Bukan jatuh pun,” jawab gadis itu dengan ringkas. Mukanya masih kemerahan.
“Betul awak tak apa-apa kan?”
“Iye., saya takde apa-apa.”
“Kalau bagitu baguslah. Maaf sekali lagi,” aku meminta maaf untuk kali ketiga kerana merasa bersalah dengan kegopohan sendiri dan terus berlalu.

Terasa menyesal pulak kerana aku tidak berani untuk meminta nombor telefon sebagai tanda meminta maaf. Gila ke? Dah la langgar orang lepas itu berani pulak nak mintak nombor telefon? Memang aku belum gila dan tidak berani. Nanti tak pasal-pasal kena marah. Tapi wajah itu, cukup menawan. Boleh membuatkan hatiku beronar di waktu malam mengenangkan wajah itu. Wajahnya yang putih melepak dan kemerah-merahan bila marah boleh membuatkan hati lelaki cair. Pendek kata memang cun habis! Itu belum lagi panjang yang kata. Jatuh cinta lagi ke?

Aku ni betul ke tidak? Takkan aku boleh jatuh cinta dengan orang yang langsung aku tidak kenali. Malah aku tidak tahu siapa pun dia. Dari mana? Tinggal di mana? Apa nama?

Pelik memang pelik. Hatiku begitu meronta-ronta ingin mengenali gadis ini. Tapi bagaimana aku harus mencarinya? Bertemu pun secara tidak disengajakan. Malah aku rasa kalau bertemu sekali lagi pun mungkin dia sudah tidak cam aku lagi. Tapi aku harus menemui dia lagi walau dalam mimpi sekali pun! Setidak-tidaknya untuk melepaskan kerinduan yang bertakung di tasik hati.

Cinta terpendam lagilah nampaknya. Hanya itu yang aku mampu. Aku memang insan yang telah dilahirkan untuk meneruskan kesinambungan cinta-cinta terpendam yang telah aku harungi sebelum ini.
“Ya, Allah. Apa lagi yang harus aku lakukan? Andai betul dia telah ditakdirkan untukku, pertemukanlah aku dengan dia.” Itulah doa yang sering aku panjatkan selepas solat.
Aku memang berharap sangat agar dipertemukan jodoh dengan gadis itu. Seringkali aku solat sunat Istikharah memohon petunjuk-Nya. Tapi masih tiada tanda-tanda yang positif. Hanya sekadar beberapa mimpi yang tidak jelas. Yang hanya menunjukkan sepasang kaki.

Sebulan selepas pertemuan dengan tidak sengaja itu, perlahan-lahan aku sudah mampu untuk melupakan gadis itu. Tiada lagi angau tahap melampau. Tiada lagi rindu keterlaluan. Ah, memang dasar lelaki kan? Hangat-hangat tahi ayam. Tapi apa daya aku? Aku sendiri tidak yakin akan bertemu lagi dengan gadis itu.

Biarlah segalanya berlalu. Perjalanan hidup ini masih panjang (itupun kalau diizinkan Allah).
Maka aku kembali terjerumus ke alam siber. Semakin rancak aku mencari kenalan melalui laman chat kampung. Semakin bertambah kenalan Yahoo Messenger. Aku semakin jauh hanyut di alam fantasi dan jauh meninggalkan alam realiti. Beginilah bila hidup bersendirian di rumah sewa. Sampai bila aku harus begini?

Mencipta dunia sendiri tanpa mempedulikan apa yang berlaku di luar?
Kalau hari minggu aku mampu mengadap laptop sampai berjam-jam tanpa mempedulikan makan atau minum. Duniaku hanya chat, chat dan chat. Aku perlukan seseorang untuk membangkitkan aku dari keadaan yang tidak menentu ini. Tapi siapa? Mungkinkah gadis itu?


...Menuju alam fantasi...





Blogger Templates

Blogger Templates

Topic 2: Nutrition (2.4 - Absorption of Digested Food)

2.4 Absorption of Digested Food

1. Take place in small intestine.
2. Adaptation of small intestine for absorption:
- The inner surface covered with millions of villi (increase surface area for absorption)

- Have many blood capillaries
- Very long (6 m)
- Intestinal wall very thin (one-cell thick)
- Lining with moist.



Blogger Templates

Blogger Templates

Followers