Apa Nak Jadi Dengan Harian Metro @ Metro Ahad?


Dulu aku merupakan pembeli serta pembaca setia akhbar Harian Metro dan Metro Ahad. Tapi itu dulu. Kenapa tidak sekarang? Aku dah bosan. Bosan? Kenapa pulak? Maaf bagi aku akhbar Harian Metro seperti sudah menjadi akhbar sensasi semata-mata. (masak la aku kalau ada geng metro baca ni.)

Mahunya tidak, baca tajuk muka hadapan je macam-macam tajuk sensasi yang terpampang. Kadang-kadang ada tajuk yang terlalu tidak sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak. Harap editor atau mereka yang terlibat secara langsung mengkaji usul ini selok-eloknya. Maklumlah Harian Metro menjadi tatapan umum tak kira peringkat umur. Sewajarnya perlu ada sedikit penapisan dengan mengurangkan tajuk-tajuk yang terlebih sensasi terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu seks.

Ruangan iklan di akhbar Metro pun sudah agak terlalu banyak sehinggakan hampir banyak dengan ruangan berita. Tak kisahlah kan? Sebab itu punca pendapatan mereka tapi apa yang menjadi punca BERBULU DI HATI melihatkan iklan-iklan yang berkaitan dengan keputusan perjudian seperti Sport Toto dan nombor ekor semakin berleluasa dan seperti tidak terkawal terutamanya Metro Ahad. Apa kes ni? Tidak pekakah kepada golongan pembaca yang pada pendapat aku sudah tentu majoritinya beragama ISLAM. Kenapa Metro buat-buat tak nampak itu semua?

Walau apa pun aku pasti luahan hati seorang anggota masyarat yang kecil seperti aku ini tiada siapa yang peduli. Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya aku meluahkan segala apa yang terbuku di hati aku. Kalau ada yang bersetuju, aku ucapkan terima kasih tapi kalau tak setuju saya terima segalanya dengan hati terbuka.

Blogger Templates

Blogger Templates

6 comments:

ZACK ENTRY said...

tak sensasi, tak ada la orang nak beli..=)

shahrinabd said...

aku dulu pun suke beli harian metro ni. nak tau cite sensasi kat sini la. Satu kes accident boleh tau banyak cite sebab banyak page yang cover sampai dari pandangan keluarga, sedara mara dan rakan-rakan. Pastu aku rasa macam buang masa je..

sekarang aku lebey suka baca berita harian and star je sebab lebih besh dan banyak kisah politik. haha

jemmy76 said...

iyerla tp nk sensasi pun agak2 la jgn sampai agak terlebih sensasi!!

Black Cat said...

haaaaa, btul2..sy sokong~

zulkbo said...

salam..
ziarah ukhwah antara bloggers
apa khabar saudara??

Singalautmetro said...

Sejak 1991, Harian metro dan Metro ahad merentas musim yang berbeza-beza. Keadaan sekitar yang berbeza-beza termasuk tahap penerimaan dan kemahuan pembaca yang majoritinya juga berbeza-beza dan rencam, membuatkan HM dan MA memilih untuk berada pada dirinya sekarang. Kritikan harus berlangsung dan berterusan supaya akhbar ini menjadi lebih baik dan semakin baik serta mampu mengekalkan kedudukannya. Pada masa sama, pembaca juga raja bagi akhbar ini. Sebahagian daripada arah dan masa depan turut ditentukan oleh pembaca. Namun, kekalkan kesetiaan anda kerana kesetiaan anda telah sama-sama meletakkan HM dan MA pada kedudukannya kini. Salam buat semua yang pernah membaca dan yang masih kekal membaca HM dan MA. Kita sokong industri ini.

Post a Comment

Followers