Bloggers yang Berlagak?

Entry ini bukan ditujukan kepada sesiapa secara spesifik tetapi sekadar luahan rasa yang sarat di dalam kotak fikiran aku. Maaf tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak. Sekadar meluah rasa dari seorang bloggers yang baru berjinak-jinak mengenali dunia blog. Ada salah dan silap tu harap-harap terima seadanya. Saya buah cempedak di dalam pagar. Jangan nak jolok tanpa izin tuan punya pagar itu merangkap tuan punya cempedak.

Semenjak berkenalan dan jatuh cinta dengan gengblogger ni, (bukan nak membodek tetapi terima kasih banyak-banyak), pendedahan kepada dunia blog semakin luas melangkaui semua sempadan. Macam-macam istilah baru, blogwalking, You follow I follow dan macam-macam istilah lagi. Betapa masih cetek lagi ilmu aku rupanya. Maka aku pun samalah menjalankan aktiviti blogwalking, sambil-sambil baca entry yang menarik, menyelongkar blog-blog yang ada. Kalau rasa teringin menjadi follower tanpa rasa segan silu aku follow je. Paling tidak pun aku meninggalkan jejak dengan memberi sedikit komen atau menjerit di kotak jerit.

Eh, melalut pulak. Apa yang aku nk perkatakan ialah kadang bila masuk sesetengah blog tertulis la ayat-ayat yang bagi aku secara peribadi seperti gaya seolah-olah berlagak (maaf kalau ada yang terasa). Ayat macam mana tu? Sebagai contoh, ‘Blog ini aku yang punya, kalau rasa tak suka boleh blah’ atau Kat sini tiada istilah u follow I follow’ dan kalau nak senaraikan macam-macam lagilah. Iyalah lain orang lain cara fikir dan lain cara penerimaannya. Apa pun aku tidak berniat apa-apa. Tak semestinya korang boleh terima pandangan aku ni kan? Apa pun blog masing-masing, sudah tentu masing-masing ada cara tersendiri. Apa pun peace no war!

Blogger Templates

Blogger Templates

12 comments:

Aini said...

blog sy nampak berlagak tak? huhu.. takut org ckap or rase cam tu.. Kite tak sedar kdg2 terguris hati org =)

Hajib said...

biarlah dorang berlagak.. tak ke mana pun lagak dorang tu... hehehe

bhacosem said...

same..stuju ngan aini..
kte pnye brlagak ke?? T.T

zack zukhairi said...

blog berlagak ni biasanya blog budak2.

hanie said...

haha..tang part "u follow, i follow" tu..sesetengah org ade pendapat dia sendiri..
sb ade sesetengah bloggers ni.. cara dia pikir lain sikit..
kita bkn nk berlumba sapa paling byk followers..
tp kalau org tu suka dgn entry blog, gaya penulisan dan nak tau update seterusnya..dia follow lah..
tak suka kalu..dendiam sudeh..

aisehmen...sekali pjg berjela la plk komen..

:P

atreyu strange said...

Aku tak kisah pun kalu ada blog letak ayat cam ‘Blog ini aku yang punya, kalau rasa tak suka boleh blah’. Bagi aku, ayat ni ada mksd tersirat. Mungkin blogger tersebut pernah berdepan dgn org yg suka betol masuk belog dia utk kutuk2 atau dijadikan bahan kutuk kat tempat lain. Jadi, bg aku blogger tu bg amaran pd sestgh pihak je. Sape makan cili, dia yg terasa pedas.

Seperti yg awk ckp, awk ni baru lg kan. So, maybe awk x berdepan lg dgn org2 yg dengki kan awk kat alam siber ni. Mgkn sbb awk playsafe kat dunia blogging selama ni. Bg sesetengah blogger, mereka lebih radikal dan terbuka, jadi penulisan mereka adlh lebih kritikal dan mgkn tidak disukai sestgh pihak. Dan kerana kritikan blogger tu x diterima, blogger itu letakkan amaran.

Aku sbnrnya dah TERLAMPAU kecewa dgn budak2 skang yg baru berjinak dgn dunia blogging. Aku rs mereka x nampak ape tujuan sbnr drg bukak blog. Semua pun ckp berblogging utk suka2 je, tp kiri kanan mtk org follow dan tidak mahu pula mengaku obses dgn followers atau earning.

Tepuk dada tanya selera. Lg skali aku ingatkan, sape mkn cili, dia terasa pedas.

TMUkmkd said...

setuju dengan hanie. ada pendapat yang boleh disembangkan pasal benda tu.

Unknown said...

blog eqa cm blagak x?hehehe..lan org lain fikiran dia..

khairolghani said...

diorang buat camtu bersebab..aku setuju dengan atreyu strange,kadang2 dia tulis macam tu sebab ramai sangat orang kutuk hasil penulisan dia..kita sendiri pun panas hati kalau orang kutuk penulisan kita..tapi selalunya blog2 camtu tak ramai org suka..senang citer,blog tu nmpak tak friendly..

salam singgah..:)

jemmy76 said...

thanx bg yg sudi bg komen dan idea.. memang betul lain org lain pandangan... apa pun terimalah cara org seadanya... peace!!

author faethal said...

Salam jemmy76,
Bagus entri ni, pernah juga baca 'ayat2 berlagak' camtu di beberapa blog.
Dan bagus juga kerana akhir entri jemmy76 setuju itu masing2 punya hak.

Saya pada mulanya ada juga berasa seperti jemmy76 rasa,tetapi pikir2 balik. Lantaklah...itu hak mereka.

Sama juga isu tidak lama dahulu apabila 'otai blogger' (tentunya bukan saya) yang memandang rendah golonga newbie blogger kerana newbie ni suka klik2 add blog org.

Tetapi skali lagi pendapat saya...lantaklah. Kan blog diorang. Selagi penulisan diorang tidak melampaui batas blogger2 newbie nak buat apa pun biarlah...
Itu hak mereka.

Anyway.
Salam perkenalan buat jemmy76!

zulkbo said...

berbaik sangkalah kita sesama insan..
jazakumullah..

Post a Comment

Followers