Kisah 1.1 (Prolog-Cinta Monyet)


Hidup ini penuh dengan memori. Sama ada memori terindah atau boleh jadi memori yang terlalu pahit untuk dikenang. Suka-duka, tangis dan tawa serta sedu-sedan terutamanya ketika remaja menjadi saat yang terindah dalam hidup. Apatah lagi kalau berbicara tentang cinta remaja atau cinta monyet. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia untuk merasai nikmat bercinta dan dicintai.

Jadi tidak hairanlah kalau aku pun pernah mengalami kisah cinta yang pertama kali hadir dalam hidupku semasa aku darjah 5. Tapi malangnya cinta itu tidak bertahan lama gara-gara surat cinta yang dikirim oleh peminat aku jatuh ke tangan ustaz yang mengajar kat kelas agama. Dah kena sound dengan ustaz aku pun taubat dah tak mahu lagi gatal-gatal waktu sekolah rendah.

Masa berada di sekolah menengah pulak, masa berada di tingkatan 5, aku ada tersuka kat seseorang yang juga merupakan rakan sekelas tapi aku hanya menyimpan perasaan seorang diri di dalam hatiku. Biarlah cinta itu menjadi rahsia. Tambahan pulak aku mendapat tahu yang kawan aku pun minat dengan orang yang aku minat.

Demi persahabatan aku dengan dia, maka aku tak pernah meluahkan dan tak mungkin untuk aku memusnahkan persahabatan aku. Lagipun kalau aku berterus terang belum tentu perempuan itu akan terima aku. Jadi langkah yang terbaik biarlah aku mengundurkan diri dan tidak pernah bagitau sesiapa pun yang aku pernah meminati dan tersuka dengan budak itu yang sama kelas jugak dengan kitaorang semua..

Jadi cinta itu berlalu begitu sahaja dan sampai bila-bila pun menjadi rahsia hatiku. Cewahhhh. So agaknya macam itu la kisah cinta monyetku. Sebab dulu zaman sekolah, aku termasuk dalam kategori jejaka pemalu beb! Usah kata nak duduk dekat dengan perempuan kadang-kadang nak bercakap dengan perempuan pun aku menggigil huhuhuhu. Korang bayangkanlah betapa pemalunya aku hehehehehe..

...Bersambung...

0 comments:

Post a Comment

Followers