Kisah 2.1 (Duniaku Buku)

Tamat sekolah menengah aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke UPM course matrikulasi tahun 1994/1995. Macam biasalah, mula-mula masuk U ni aku budak skema jer. Pakai seluar jeans pun tak berapa nak suka. Memanjang dengan seluar slack dan baju T berkolar. Kan skema tu hehehehe. Semasa matrikulasi ni, aku takdelah teringin sangat nak bercinta dengan orang sebab masa ni hanya sibuk bercinta dengan study aku jer (konon-kononnya ler). Maklumlah semangat berkobar-kobar nak belajar beb. Budak kampung dapat masuk U tu. Tambah-tambah plak dalam family aku ni, akulah anak pertama yang dapat masuk U. So tak nak la bagi ayah dan mak aku kecewa kalau tengok result aku teruk.


Tetapi jantan mana ler yang mampu menahan perasaan minat dan suka pada perempuan kan?? Masa ni ada jugak tengok-tengok, usha-usha dengan awek sama kuliah dan sama tutorial.. Dalam ramai-ramai tu ada la jugak aku telah terminat dengan seorang perempuan yang manis bertudung budak dari Perlis.

Oleh kerana aku ni jejaka pendiam dan pemalu maka, seperti biasalah aku pendamkan sahaja perasaan aku ni.. Biar meletup di hati, jangan meletup di mulut. Lagipun ni sekadar minat sikit-sikit ajerlah, takde nak membawa kepada nak jadikan kawan mahupun awek. Maklumlah mamat skema + pemalu + pendiam macam aku ni susah orang nak dekat. Pastu muka memanjang serius jer. Tapi kalau orang kenal aku baru tau betapa gonjolnya perangai aku ni, hehehe..

Walaupun aku kini berada di UPM tapi kawan-kawan sekelas dulu tidak pernah ku lupakan. Dalam beramai-ramai kawan sekelas ku itu, aku paling rapat dengan budak sekampungku. Maklumlah membesar bersama-sama. Malah bersunat pun sama-sama, hehehehe….

Jadilah jika ada kelapangan masa, aku akan sering mengutuskan surat untuk dia dan begitulah sebaliknya dia akan sentiasa membalas suratku tanpa jemu. Namun aku tidak mampu dan tidak mungkin untuk bercinta dengannya sebab dia pun jantan macam aku. Cuma iyerlah masa itu memang tiada kemudahan seperti sekarang, jadi hanya surat jadi penghubung di antara aku dengan kawan baikku.

So kisah cinta ke-2 aku ni hanyalah kisah cinta dengan study aku jer.. Siang malam kerja aku study, study then buat latihan, baca buku dan itulah ajerlah duniaku. Duniaku buku….


...Masih Bersambung...

0 comments:

Post a Comment

Followers