Setiap insan memerlukan cinta. Cinta adalah kurniaan yang maha Esa untuk dinikmati oleh setiap manusia yang ada di muka bumi. Sama ada cinta sesama manusia ataupun cinta seorang manusia kepada Pencipta. Ada manusia yang mampu meluahkan perasaan cinta dengan berani dan penuh keyakinan diri. Soal diterima atau tidak mungkin tidak menjadi persoalan besar. Tapi aku?
Mungkinkah aku lelaki yang paling malang? Sudah bertemu wanita yang menjadi idaman setiap mata lelaki yang memandangnya dan semakin akrab berhubungan tetapi aku tidak mampu meluahkan perasaanku kepadanya.
Suatu hari seperti biasa aku berada di bilikku sedang tekun membuat kerja yang menjadi rutin harianku tiba-tiba aku melihat CS masuk dan terus menghampiri meja kerjaku.
“Busy ke?” Tanya CS setelah melabuhkan punggungnya di atas kerusi mengadapku.
“Eh, takdelah busy sangat, jwabku terus berhenti dari melakukan kerja.
“Kenapa senyap je?” Terus kuajukan pertanyaan itu apabila kulihat CS hanya terdiam dari tadi.
“Tak tahulah macam mana nak mulakan. Tapi rasanya tak salah kalau saya tanya pendapat awak kan? Awak rasa patut ke saya bertunang?” Tiba-tiba terpacul soalan itu dari mulut CS yang menyebabkan aku terkejut dan mati kutu seketika melihatkan kutuku yang bergelimpangan.
“Errrr.. “ Hanya itu perkataan yang mampu terbit dari peti suaraku seketika.
“Ada orang masuk meminang awak ke? Teman lelaki awak ke? Kenapa awak tak pernah bagitau pun sebelum ni?” Aku menggagahkan diri menanyakan soalan itu kepada dia. Remuk luluh hatiku tidak terkata ibarat kepingan kaca dari tingkap UFO terhempas dari langit menghempap batu yang terbesar di bumi iaitu di Ayers Rock.
“Nak katakan teman lelaki tak jugak. Saya just kenal dia gitu-gitu je. Itupun melalui chatting. Saya baru jumpa dia 2-3 kali dan nampak dia pun macam baik.” CS meneruskan kata-katanya yang seumpama duri Mimosa pudica menusuk-nusuk ke ulu hatiku yang sememangnya lembut dan sensitif.
“Mak ayah awak setuju?” Aku bertanya lagi.
“Mereka memang tak berapa setuju sangat sebab dia takde ijazah macam kita. Tapi situasi saya cukup sukar sekarang. Saya nak mengelakkan diri dari gangguan seorang officemate kita yang tak berapa betul tu. Naik pening dan rimas kepala saya sebab dia selalu datang ke rumah saya sewaktu saya takde. Dah tu mak ayah saya sendiri pun macam dah berkenan pulak. Tapi masalahnya kita sama-sama tahukan yang dia tak berapa betul, terang CS kepadaku.
“Laaa... Kenapa awak tak bagitau saya yang budak tu kacau awak? Kalau tak boleh saya slow talk dengan dia,” ujarku dengan perasaan yang kacau-bilau.
“Iyerlah saya tak mahu melibatkan awak pulak. Tapikan sebenarnya saya sebenarnya lebih sukakan seseorang ni. Tapi saya nampak dia seperti takde respon jer. Jadi saya pun tak mahu menghabiskan usia saya dengan menungu dia yang entah suka kat saya ke tidak. Maklumlah umur saya ni dah masuk 27. Dah nak jadi anak dara tua. Jadi awak rasa camna?” Tanya CS lagi.
“ Well, terpulanglah kat awak sekarang. Lagipun awak tentu suka kat dia kan?” Aku cuba memberikan jawapan seperti seorang yang berlagak begitu macho tapi dalam hati tuhan saja yang tau apa yang aku rasa sekarang.
Rupanya CS dah nak bertunang dengan lelaki yang dikenali melalui chatting itu. Tapi dia ada bagitau yang dia minat dengan seseorang, siapakah orang itu? Rasanya yang nyata orang itu tak mungkin aku. Sedihnya mengenangkan ini semua bakal terjadi. Tapi aku tidak pernah menzahirkan kedukaanku di hadapannya. Aku berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tetapi kadang-kadang aku ternampak jauh ke dalam matanya seperti tidak terlalu excited untuk bertunang. Mungkin perasaan aku aje kot?
*******************************************************************************
Akhirnya CS telah selamat bertunang dengan jejaka itu. Setelah bergelar tunangan orang kami masih lagi akrab, walaupun tidak seakrab dulu. Malah pernah sekali CS menolak pelawaanku untuk menghantarnya balik ke rumah sewaktu aku terserempak dengannya di bandar. Dia menolak dengan alasan tidak mahu menimbulkan fitnah dan salah sangka. Aku terima dan redha itu semua. Sememangnya itu yang terbaik kerana dia sudah pun menjadi tunangan orang. Aku? Biarlah aku terus bersendirian begini....
Begitu pantas masa berlalu. Tanpa ku sedari rupanya tarikh perkahwinan CS sudah semakin hampir. Aku meneliti kad undangan perkahwinannya. Alangkah bahagianya andai nama pengantin lelaki yang tercatat di situ adalah aku. Tapi segalanya sudah tersurat yang CS bakal menjadi milik orang. Aku hanya mampu menyintainya dalam impian dan anganku sahaja. Majlis perkahwinan CS berjalan dengan meriah. Aku memerhatikan dari jauh saat CS duduk di pelamin. Aku memandang dengan senyuman yang tawar. Akhirnya impian cintaku hancur musnah dan berakhir. Dalam tidak ku sedari air mata jantan ini menitis lagi.....
Kali terakhir aku berbicara dengan CS sebelum dia berpindah mengikut suaminya merupakan saat yang paling mengharukan. Tanpa ku sangka bahawa kata-kata ini yang ku dengar dari mulut CS.
“Maafkan saya Jemmy selama kita berkenalan ni sekiranya saya ada tersalah cakap atau apa sahaja perkara yang menyakitkan awak.”
“Alaa mana ada. Sepanjang kita berkawan, awak tidak pernah pun menyakitkan hati saya. Malah suami awak beruntung sangat dapat memiliki awak yang serba sempurna. Paras rupa cantik, pastu baik hati pulak tu,” kata-kataku membuat air muka CS kemerahan kerana barangkali malu dengan pujianku.
“Itulah awak dulu jual mahal. Puas saya tunggu awak mengurat saya tapi awak buat tak tau je,” kali ini aku yang termangu-mangu. Eh, aku? Aku ke yang selama ni dia suka? Alamak......ruginya.......!
“Laa nape awak tak cakap kat saya?”
“Eh, saya ni perempuan la. Takkan la perempuan dulu yang nak cakap?” Sepertinya CS meluahkan segala apa yang dipendamkan selama ini.
“Abis saya tak tau awak suka kat saya. Awak pun takde bagi signal apa-apa pun? Kalau saya tau awak suka kat saya dah lama saya luahkan perasaan saya kat awak,” aku pun meluahkan segalanya kepada CS yang sayangnya, segalanya sudah terlewat.
“Takpelah awak. Dah nasib kita takde jodoh. Cuma saya harapkan awak akan bertemu dengan seseorang yang lebih baik lagi. Tapi pastikan awak jangan suka lagi memendam perasaan,” sempat pulak CS memberi khutbah kat aku.
“Iyelah, dah memang bukan jodoh kita berdua. Apapun terima kasih sebab sudi menjadi kawan saya. Apapun nanti dah berada kat sana nanti, jangan lupakan kawan-kawan kat sini pulak.”
Inilah bahana apabila sama-sama memendam cinta dan memendam rasa. Tapi secara logiknya aku sebagai lelaki yang patut memulakan dulu. Tapi apa nak dikatakan lagi, segalanya sudah terlewat dan sudah pun berakhir. CS sudah sah menjadi milik orang dan aku bukanlah jenis lelaki yang suka merampas kepunyaan orang lain kalaupun aku mampu!
Tapi setidaknya aku memberikan satu kesan dalam hidup CS. Tak lain tak bukan ialah wangian rasmiku iaitu Polo Blue telah menjadi hantaran perkahwinan untuk suaminya kerana dia sukakan wangian yang aku pakai setiap hari.
Sekurang-kurangnya aku belajar sesuatu dari pengalaman ini. Jika selepas ini aku ada sukakan seseorang, aku pasti akan berterus-terang. Cukuplah kisah ini memberikan pengajaran yang berguna bagiku. Pisang tidak akan berbuah dua kali....
...Berakhirnya kisah 7...
Cium Tangan
7 years ago
0 comments:
Post a Comment