Telah masuk hari ke-3 bercuti, sedangkan aku masih belum meluahkan niat suciku kepada kedua orang tuaku. Mungkin gementar atau mungkin sukar untuk mencari masa yang sesuai. Sedangkan U telah pun meluahkan niat hatinya kepada emaknya cuma masih belum berani untuk meluahkan kepada abahnya. Tapi menurut U, emaknya sukakan aku dan akan cuba sedaya upaya memujuk abahnya untuk menerima aku. Mungkin peluangku untuk memiliki U sudah berada di landasan yang betul. Mungkin sudah sebelah kaki berada di garisan yang tepat, tapi benarkah demikian?
“Mak, esok ada kawan kita nak datang ke rumah tau,” aku dengan begitu manja mengalahkan pelajar dara sunti Tingkatan 5 membahasakan diri dengan panggilan ‘kita’ dengan emak.
“Kawan mana?”
Aduh, macam mana aku nak jawab ni? Takkan nak bagitau kawan sekelas pulak? Kalau aku cakap kawan email lagi la mengarut. Malah kalau sebut kawan pena lagi la tak munasabah.
“Alaaa kawan masa zaman belajar dulu,” jawabku agak lambat sambil mengutuk diri sendiri di dalam hati kerana tanpa sengaja telah berbohong sunat dengan mak sendiri. Seakan mahu menampar mulut sendiri pun ada jugak kerana memandai bohong sunat. (Banyak la aku punya bohong sunat kan? Kalau tak sunat lagi confirm kena sunat punya!)
“Datang ajelah. Takkanlah mak tak nak bagi pulak.”
“Bukan apa, sebenarnya kita nak tunjuk bakal menantu mak. Boleh ke gitu?” Kali ni tanpa segan-silu lagi aku berterus-terang dengan ibuku.
“Oh, kalau gitu takpelah. Nanti esok mak dan ayah tengok macam mana orangnya,” kata ibuku terus berlalu menuju ke dapur.
Sekurang-kurangnya aku lega setelah meluahkan apa yang sepatutnya aku luahkan kepada ibuku. Tetapi dari segi raut wajah dan reaksi ibuku sepertinya beliau tidak terlalu excited. Entahlah, mungkin hanya perasaanku sahaja.
Tanpa berlengah aku call U untuk memberitahunya yang segala perancangan kami telah berjalan dengan lancar.
“Assalamualaikum. Hello awak. Tengah buat apa?”
“Waalaikumussalam. Tengah bercakap dengan abang ler. Takkan tengah basuh baju kot?” Sempat lagi U meloyar buruk denganku. Nasib baiklah beliau merupakan awekku, kalau orang lain sudah tentu aku akan fire dengan bahasa laser sehebat kuasa Gaban Z potong 8.
“Tadi abang dah cakap kat mak. So esok jadi tak datang?”
“Insya-Allah, kalau takde apa-apa saya datang rumah abang esok. Tapi macam seganlah pulak.”
“Alaaa nak segan apanya. Bukan abang suruh awak datang rumah tak pakai baju,” kali ini aku pulak yang memulangkan buah loyar buruk.
“Mula la tu nak melawak yang mengarut.”
“Alaa jangan ler marah. Gurau-senda membawa ceria. Eh, nak tanya jap. Dah bagitau kat abah ker?”
“Dah. Pagi tadi mak bagitau abah tentang hubungan kita.”
“Abis macam mana?”
“Entah? Abah cuma diam je tak kata apa-apa.”
“Eh, nampak sangat macam abah awak tak suka kat abang jer?”
“Saya pun tak tau nak cakap macam mana. Just wait and see ajelah abang. Kita tengok macam mana reaksi abah dalam sehari-dua ni ok?”
“Oklah. Diam tu banyak pengertiannya. Mungkin bermakna tak kisah. Mungkin juga tak suka langsung. Entahlah. Abg redha ajelah apa-apa pun.”
“Insya-Allah kita sama-sama doakan perhubungan ini direstui.”
“Harap-harap begitulah. Oklah, apa-apa hal pun esok abang tunggu kat rumah. Take care tau. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Take care too.”
Sesi perbualan telefonku dengan U telah pun tamat. Aku masih terbaring di atas katil menatap bumbung rumah. Kehangatan mentari petang tidak ku hiraukan. Badanku mula dibasahi peluh. Sebenarnya kepalaku sarat dengan kerisauan. Selagi tiada kata putus dari kedua-dua belah pihak keluarga kami, selagi itu aku akan berada dalam kegelisahan yang tiada berpenghujung...
Keesokkan harinya seperti janji yang telah terpateri, U muncul di hadapan rumahku dengan mengenakan sepasang baju kurung berwarna hijau lembut. Turut dibawa bersama ialah adik perempuannya.
“Jemputlah naik ke teratak buruk abang ni. Duduklah dulu. Sorrylah sofa rumah abang ni dah lama. Tapi rasanya tak patah kot?”
“Eh, tak elok la abang ni cakap macam tu pulak.”
“Iyelah kan betul. Rumah abang ni rumah kampung jer taklah macam rumah awak.”
“Malaslah nak cakap benda-benda macam tu lagi. Mana mak dengan ayah abang?” U mula mengalihkan topik perbualan.
“Mak ada kat dapur tengah buatkan air. Ayah pagi-pagi tadi dah keluar ada hal mustahak katanya.”
Selang lima minit kelihatan emak datang membawakan dulang minuman dan sedikit kuih-muih. Pantas U dan adiknya menyalami dan mencium tangan ibuku. Sejuk betul mataku memandangnya.
“Jemputlah minum dulu,” ibuku mempelawa bakal menantunya sambil menuangkan air teh ‘O’ ke dalam cawan.
“Terima kasih makcik. Jemputlah minum sekali,” U berbahasa dengan sopan sekali. Kalau aku menjadi seorang ibu, confirm U dah lulus dengan cemerlang untuk menjadi seorang calon menantu!
“Anak ni nama apa? Kerja apa? Dah lama ke kenal dengan Jemmy ni?” Seperti Inspektor Sahab ibuku mula menyoal U.
“Nama saya U makcik. Saya sekarang masih belajar lagi kat Maktab Perguruan. Dah lama juga kenal dengan Jemmy ni,” U menjawab dengan tenang setelah menghabiskan seteguk minuman.
Aku meminta diri seketika untuk memberi ruang dan peluang kepada emak dan bakal menantunya berbual-bual dan berkenalan mesra. Hampir 20 minit berlalu setelah leka bermain permainan komputer di dalam bilik adikku, aku pun memunculkan diri semula. Segala butir perbualan antara emak dan U tidak ku ketahui.
Setelah aku melabuhkan punggung di sofa, emak pula meminta diri untuk ke dapur.
“Duduklah dulu ye. Makcik nak ke dapur sekejap,” lantas ibuku menuju ke dapur untuk menyambung kerjanya.
“Tadi awak cakap apa dengan mak?”
“Eh, adalah urusan orang perempuan. Orang lelaki mana boleh tau.”
Isyk, budak U ni cuba bermain-main pulak dengan aku. Nasib baiklah adiknya ada di sebelah. Kalau tak dah lama aku cubit pipinya. (Suka-suka hati je nak cubit anak dara orang!)
“Cakaplah betul-betul. Tadi awak sembang apa dengan mak?” Aku menyoal lagi dengan nada suara yang agak tidak puas hati dengan jawapan U sebentar tadi.
“Alaaa takde apa-apalah. Saje bersembang tentang latar belakang keluarga ajelah. Takut sangat orang korek rahsia dia dari mak hehehehe,” ucap U sambil tersenyum. Adiknya dari tadi hanya menjadi pemerhati sahaja tingkah-laku kami. Lantaklah, kami bukannya buat benda yang bukan-bukan pun.
Tidak lama kemudian U meminta diri. Setelah bersalam dengan emakku, U meminta izin untuk balik. Aku menghantar U sehingga ke kereta. Ku perhatikan kereta U bergerak meninggalkan rumahku sehingga hilang dari pandangan.
Aku menuju ke dapur dengan hanya satu tujuan. Untuk mendengar komen dan pandangan emakku tentang U.
“Mak rasa camna? Ok tak?”
“Dari pandangan kasar, mak rasa dia ok. Cuma......” emakku tidak meneruskan kata-katanya.
“Cuma apa mak?”
“Mak nampak gayanya seperti orang berada. Mak cuma nak Jemmy sedar diri kita ni siapa.”
“Jemmy faham mak. Tapi dia tak pernah kisah pasal itu semua. Jemmy harap sangat mak dengan ayah dapat bagi restu.”
“Mak dan ayah takde apa-apa halangan. Kalau Jemmy rasa elok, eloklah bagi mak dan ayah. Ayah pun dah bagitau dengan mak malam tadi yang dia tak kisah.”
Lega. Sekurang-kurangnya emak dan ayahku telah memberikan lampu hijau. Sekarang segalanya terpulang kepada keluarga U. Mungkin kerana U sama tempat dengan kami maka emak, ayah dan keluarga menyetujui pilihanku kali ini. Tidak seperti perhubunganku dengan C yang telah ditentang dengan keras. C? Ah, aku sudah tidak patut mengingati lagi nama itu...
...Masih ada sambungannya...
Cium Tangan
7 years ago
0 comments:
Post a Comment