Banyak juga perkara dan kisah yang menjadi topik perbualan antara aku dan FF di sepanjang perjalanan menuju ke destinasi tanpa hala tuju itu. Pelukkannya juga semakin erat. Membuat jantungku berdegup kencang dan aku menjadi semakin tidak keruan.
Patutlah Islam amat melarang umatnya mendekati perkara-perkara yang mendekati zina. Rupa-rupanya daya tarikan ke arah itu terlalu hebat dan sukar dikawal. Mujurlah tuhan masih mengurniakan aku akal fikiran yang waras. Seboleh-bolehnya aku cuba untuk mengawal diri dari melakukan perkara-perkara yang membawa bencana itu.
"Kita nak ke mana sebenarnya ni?" Soalku yang semakin keliru dengan arah tujuan kami kerana aku sendiri pun bukan biasa sangat dengan tempat-tempat yang menarik di bandar S ni.
"Kita ke taman rekreasi kolam air panas ajelah bang. Abang teruskan aje bawak motor nanti saya tunjukkan arah jalan," jawab FF yang masih memelukku dengan erat.
Hampir 45 minit menempuhi perjalanan, kami pun sampai ke destinasi tujuan. Kelihatan ramai juga orang yang mengambil peluang untuk berehat-rehat di hujung minggu. Ada yang datang berkeluarga, malah ramai juga yang kulihat datang dengan pasangan masing-masing tanpa segan-silu mempamerkan gerak-gaya romantik. Bermacam-ragam gaya. Ada yang seakan tidak tahu erti malu menayangkan aksi berpelukan.
Macam berada diluar negara pulak menyaksikan anak-anak muda yang agak keterlaluan dan dan jauh dari budaya adat resam orang timur. Ada yang berpegangan tangan. Pendek kata, macam dalam filem Hindustan pun ada.
"Eleh aku pun apa kurangnya. Tadi naik motor berpelukan," tempelak hatiku yang begitu kurang ajar menyindir diri sendiri.
Pada saat aku berperang dengan kehendak naluri dan akal yang waras, tiba-tiba FF merangkul lenganku seeratnya. Sekali lagi aku terkejut. Sepertinya akalku ingin menyuruh FF melepaskan lenganku tetapi bisikan kehendakku begitu kuat mendesak supaya membiarkan sahaja perlakuan FF itu dan kemenangan berpihak kepada kehendakku. (Kan betul, tadi dalam hati bukan main kutuk pasangan lain tak tau malu tapi diri sendiri pun buat jugak kan? Eh, tapi bukan aku yang mintak dia rangkul, dia sendiri yang nak rangkul lenganku dan aku ni selemah insan yang imannya hanya senipis kulit bawang, tidak mampu menolak.)
Kami menuju ke kolam air panas menjadi pemerhati para pengunjung yang sedang mandi-manda atau dalam bahasa tersiratnya sambil mencuci mata melihat orang mandi.
Setelah penat, kami duduk dibangku yang masih kosong. Hampir 2 jam kami bersembang-sembang sambil kadang-kadang lengan aku menjadi mangsa cubitan FF sekiranya aku terbuat lawak atau menyakatnya. Nasib baik la tengah bercinta. Buatnya kalau orang lain lebih-lebih lagi lelaki yang cubit macam tu, mahunya aku tembak dengan pistol air.
Masa berlari dengan begitu pantas. Dua jam bersama seolah-olah baru dua minit bertemu. FF mengajak aku pulang setelah genap 2 jam kami bertemu janji. Jauh di sudut hati, aku meluahkan perasaan ketidakpuasan hati kerana cuma dapat dating 2 jam sahaja. Padahal perjalanan aku pergi dan balik dari tempat aku ke bandar S mengambil masa 5 jam.
Tapi apakan daya, aku kena terima itu semua kerana semuanya telah termaktub di dalam perjanjian antara aku dengan dia. Nanti tak pasal-pasal dia pulak kena marah dengan abahnya yang garang.
Selepas menghantar FF ke tempat di mana aku menjemputnya sebentar tadi, FF seolah-olah tidak mahu melepaskan aku pergi. Tak puas-puas dia memegang tanganku. Terus di salamnya berulam kali sambil mencium tangan ku. Tak sanggup nak berpisah dengan aku katanya lagi.
Selang 15 minit aku lihat motorsikal yang ditunggangi adiknya pun sampai. Masa untuk berpisah. Dia pun menuju ke arah motorsikal itu lalu memboncengnya. Mataku tidak berkelip-kelip mengekori pergerakkannya. Kemudian dia pun melambai-lambaikan tangannya tanda berakhirnya pertemuan kami untuk hari itu.
Dengan malas-malas dan perlahan-lahan, aku mula menghidupkan enjin motorsikalku. Walaupun berat untuk ku tinggalkan bandar S tetapi aku harus berangkat kembali ke tempatku. Kenangan temu janji dengan FF tetap manis dan segar di dalam ingatan. Agaknya ke manakah hala tuju perhubungan aku dengan C, FF dan terkini R? Adakah akan muncul kisah cinta yang lain selain dari mereka selepas ini?
...Tunggu cerita seterusnya di dalam Kisah 5.9...
Tiga Permintaan Isteri
6 years ago
0 comments:
Post a Comment